CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2801|Reply: 0

[Selangor] Lelaki acu pistol mainan, paksa OKU angkat tong gas ditahan

[Copy link]
Post time 29-4-2024 04:19 PM | Show all posts |Read mode

Gambar hiasan.

AMPANG JAYA – Tindakan seorang lelaki mengacukan pistol mainan selepas lelaki orang kelainan upaya (OKU) enggan membantu mengangkat tong gas, mengundang padah apabila ditahan polis di Kampung Tasik Permai Ampang, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, pihaknya menerima aduan daripada seorang penghantar barang berhubung kejadian itu Jumaat lalu, kira-kira pukul 3.30 petang.

Jelasnya, mangsa melihat seorang lelaki tempatan hampir terjatuh dengan tong gas dan meminta tolong.

“Mangsa telah membantu suspek sebelum suspek meminta tolong untuk mengambil tong gas tersebut dan meletakkan di atas motosikal miliknya.

“Bagaimanapun, mangsa tidak dapat menolong kerana mempunyai masalah tulang belakang. Lanjutan itu, suspek bertindak agresif dan mengacukan pistol mainan ke arah mangsa,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut Mohd Azam, mangsa dapat merebut pistol mainan tersebut dan berjaya membuangnya.

Katanya, suspek yang berang telah mengambil helmet dan memukul dahi serta merosakkan motosikal mangsa.

“Bertindak atas maklumat, suspek yang juga lelaki tempatan berjaya ditahan sekitar pukul 4.20 petang, semalam.

“Semakan lanjut mendapati, suspek mempunyai dua rekod jenayah lampau tidak dikehendaki dan ujian air kencing negatif dadah,” katanya.

Menurut Mohd Azam, motif kejadian adalah disebabkan mangsa seorang OKU yang mempunyai masalah tulang belakang tidak dapat menolong suspek mengangkat tong gas.

Kata beliau, suspek direman selama empat hari bermula semalam sehingga Khamis ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 427 dan 324 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE.
https://www.kosmo.com.my/2024/04 ... t-tong-gas-ditahan/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-5-2024 01:33 PM GMT+8 , Processed in 0.055981 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list