View: 32353|Reply: 15
|
ADUAN DAN MINTA PERTOLONGAN MENGENAI TUNTUTAN INSURANCE SAYA YG BERMASALAH
[Copy link]
|
|
Kekawan Saya Telah karangkan masalah saya nie di fourm Kepenggunaan, Hak Pekerjaan & Hak Anda dan ini linknya
Tapi takperlah saya copy balik dan paste kat sini dengan mengharap ada pertolongan dan pendapat dari kekawan yang dapat membantu saya mengrungkaikan masalah ini.
Kepada Pakar-pakar insuran motor di sini, saya mengambil kesempatan untuk bertanya mengenai masalah yang saya hadapi sekarang. Pada 7hb Feb 2011, Saya mengalami kemalangan dan kesalahan oleh kenderaan yang bertembung dengan kereta saya. Dan kereta tersebut disaman oleh pihak Polis. Ini bermakna saya tak bersalah. Kereta saya di tarik oleh lori tunda ke sebuah bengkel di Temiang Mantin Negeri Sembilan. Sehubungan dengan itu saya telah membuat tuntutan pihak ketiga ke atas insuran kereta yang berlanggar denga kereta saya. Kereta tersebut mengambil pelindungan insuran dengan E ( Buat masa nie dirahsiakan, Sebab dalam proses menunggu kelulusan)
Setelah Hampir 2 bulan kereta saya dibengkel tanpa apa-apa baik pulih. Saya menelefon ke bengkel tersebut dan bengkel memberitahu saya bahawa kereta saya sebagai TOTAL LOSS, Saya kemudian menelefon pihak Insuran A, Pihak insuran mengambil keputusan untuk mengistiharkan sebagai total lost setelah kos membaik pulih kereta saya menjangkau RM 18,000 bersamaan nilai semasa Waja 2002.
Setelah berbincang dengan pihak insuran kereta saya ( Insuran A), Saya membantah dengan tawaran TOTAL LOSS tersebut, dan ingin kereta saya dibaikpulihkan dengan Kos yang insuran tetapkan iaitu Rm13,000. Pihak Bengkel juga bersetuju dengan jumlah kos tersebut dan bersedia untuk membaikpulihkan kereta saya.
Setelah persetujuan tersebut, bengkel akan memulakan proses baikpulih selepas mendapat kelulusan dari pihak insuran A berdasarkan kos RM13,000 yang insuran nyatakan. Untuk mempercepatkan proses saya menelefon pihak Insuran A supaya memberi dokumen dan kelulusan kepada bengkel dengan segera. Dan Pihak insuran meminta saya membuat satu surat, untuk membantah tawaran TOTAL LOSS tersebut, kerana Tawaran tersebut gagal menampung semua jumlah pinjaman dari Bank. Malah saya terpaksa membayar ansuran tiap-tiap bulan sehingga baki selesai. Ini membebankan saya kerana akan membayar baki jumlah pinjaman sia-sia tanpa kereta. Saya telah membuat surat bantahan tersebut pada pihak insuran dan satu lagi salinan kepada pihak bengkel untuk di hantar ke pihak Insuran A.
Beberapa hari kemudian sekali lagi saya membuat pertanyaan pada pihak insuran mengenai status kelulusan tersebut. Kali ini,Pihak insuran A mempersoalkan kenapa saya menyambung polisi lewat dari sepatutnya. Untuk pengetahuan Tuan/puan, Semasa kemalangan, saya sudah memperbaharui polisi insurance dan Cukai jalan. Apa yang saya faham masa kejadian insuran ok dan roadtax ok, sepatutnya tiada masalah dan meminta saya memberi tunjuk sebab. Ok saya berikan tunjuk sebab. Insuran A diam.
Dan sekali lagi pihak insuran meminta saya membuat satu lagi surat bantahan tawaran TOTAL LOSS dengan menambah ayat " Seandai kos baikpulih melebihi kos RM13,000, saya yang menanggung kos lebihan tersebut, saya bertanya kenapa saya harus menanggung lebihan tersebut, sedangkan saya bukan claim dari A insuran. yang saya claim dari E insuran. Pihak insuran A beritahu saya hanya sejadar surat. ok saya turutkan..dan Pihak insuran diam lagi, Proses Baik pulih masih lagi " PENDING" di pihak insuran sehingga hari ini.
Selepas beberapa hari menunggu pihak insuran memberikan kelulusan untuk baik pulih kereta saya. Namun Tiada kelulusan di buat. Sekali lagi saya menghubungi claim examine A insuran dan bertanyakan , status kereta saya. Kali ini pihak insuran mempersoalkan di mana saya membeli polisi insuran motor dan nama syarikat dan alamat agent insuran yang saya beli?, Saya berikan info seperti mana yg saya kehendaki. Tapi saya mempersoalkan kenapa sampai ke tahap ini,
Tapi saya mempersoalkan kenapa sampai ke tahap ini, kalau saya tiada insuran yang sah, tentulah saya tidak dapat memperbaharui cukai jalan kereta saya. PELIK? Sehingga pertanyaan ini di buat..kelulusan masih tidak lagi dikeluarkan. Dan Pihak insuran terus mendiam diri. Dengan berat hati sekali lagi saya bertanyakan pihak insuran..Ada masalah ker dengan Claim saya.. jika ada sila bagitau tau , untuk tindakan susulan dari saya. Pihak insuran mengatakan tidak ada masalah, Cuma unutk mengesahkan dimana polisi saya beli. Takkan untuk mengesahkan memakan masa 3-4 hari?.
Persoalan yang hendak saya tanya disini, Saya membuat Tuntutan insuran kereta pihak ke tiga iaitu kereta yang kemalangan dengan kereta saya, iaitu E Insuran. Tapi mengapa pihak insuran saya iaitu A Insuran yang membuat segala keputusan bukannya E Insuran, yang sepatutnya. dan setahu saya tiada masalah jika saya lambat memperbaharui polisi insuran dan yang penting masa kemalangan tersebut, saya telah pun memperbaharui dan polisi telah berkuatkuasa sebelum kemalangan dan cukai jalan saya juga diperbaharui serentak dengan polisi insuran.
Jadi Saya ingin mendapat pendapat dan nasihat dari tuan/puan, apa yang patut saya lakukan jika perkara ini berterusan, dan saya menjadi mangsa, walhal saya tidak bersalah dan menanggung beban dari kejadian ini. Kehilangan Kereta dan terpaksa membayar baki jumlah pinjaman dengan pihak Bank.
Saya memohon jasa baik dan keprihatinan tuan/puan, sekiranya dapat memberi jalan penyelesaian ke atas masalah saya ini. Kini saya buntu dan tidak tahu apa yang patut saya lajukan.
Update Terkini
Update kes saya.. Hari ini saya mendapat jawapan dari insurance, tuntutan saya ditolak. SEBAB - Polisi saya beli tu katanya dari agen yg telah Expired lesennya. Wahhh..Apa kene dengan saya..tu antara kan antara Pihak insuran dan agennya betul tak?
Dalam kes saya nie, Saya beli ngan agen, dimana kata pihak insurance lesennya dah expired. Kalau dah expired kenapa masa saya beli takde masalah..covernote diproses dan polisi saya dalam susyem JPJ yg membolehkan saya renew roadtax saya..dan duit bayar polisi diambil. Takkan saya sebagai penguna/pembeli nak tanya pada agen tu Encik lesen encik sebagai agen insurance hidup lagi ker? Pernah kekawan beli insurance tanya camtu.
Bila dah ada tuntutan kenapa baru timbul masalah nie... Untuk pengetahuan Kekawan, kata pihak insurance, agen yg saya beli tu deal ngan staff insurance itu sendiri dengan mengunakan nama agen lain untuk isu covernote tersebut. Aduhh peningnya..
Pada pendapat saya..itu bukan hal saya kan..itu soal dalaman Pihak insurance tu sendiri.. Apa yang penting, Saya membeli lindungan insurance untuk kereta saya adalah sah, dan saya diberikan covernote yang sah dan polisi saya berada dalam system JPJ..dah saya boleh dengan jayanya memperbaharui Road Tax. Dan masa kemalangan saya menpunyai lindungan Insurance yg sepatutnya melindungi saya dan memudahkan saya membuat tuntutan apa tah lagi saya menuntut bukan dari pihak insurance saya sendiri dengan kata lain saya membuat tuntutan pihak ketiga, Tapi kenapa Pihak insurance yg saya beli beriya-iya menolaj tuntutan saya tersebut.
Tolonglah kekawan kalau ada sesiapa yang boleh mebantu saya memberi pendapat dan jalan untuk saya selesaikan masalah saya ini. Bulan2 saya kena bayar kat bank..tapi kereta dah tak ada ..kalau sikit takperlah..ni ada 5 thn lagi tu...
Saya telah membuat aduan dengan Tribunal , Biro pengantaraan kewangan, bank negara tapi semua hampa tiada jawapan.. dan jika ada jawapan semuanya membuat saya buat rujukan dengan pihak A dan Pihak A suruh saya buat Rujukan Pihak B dan pihak B suruh saya buat rujukan Pihak C dan pihak c suruh saya rujuk Pihak A dan bagai.. macam bole saya nie dibuatnya.. Tapi penyelesaian dan pertolongan tak dapat juga..hilang camtu..
HELP HELP ME..PLEASE... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
wah! rumit tul masalah ko ni. sebab pihak insuran tak mo bayar ko, diorang buat macam macam alasan dan cerita. ko memang jadi mangsa aa skang ni. tentang insurance memang ku tak pandai, tapi jalan terakhir, ko pergi aa ambil nasihat guaman. ko ada documents dan butir butir yang sah disisi undang undang, mungkin perundangan boleh buat sesuatu untuk bantu ko menang kes ni...
good luck. |
|
|
|
|
|
|
|
Okay, kita cuba men definasikan...
Pertama yang penting adalah stop payment to the bank...
Declaration total loss dari pihak insurance haruslah didapatkan dan sesalinan beserta ngan lapuran polis hendaklah diserahkan kepada pihak bank.
Alamak...okay...cam ni..
Sesalinan :
Lapuran polis ~ kemalangan
Cukai jalan
insuran cover note
Total loss declaration dari adjuster bukan pihak insuran atau ejen.
lapuran kepada biro pengaduan pengguna.
Jangan lupa cover letter kepada pihak bank di mana anda tidak akan membayar ansuran selagi pihak insuran tidak meluluskan tuntutan pembaikan kereta anda. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Kalau aku la.. terus direct pergi bank negara...
buat aduan secara bertulis email kepada mana2 suratkhabar parti pemerintah atau pembangkang..
Kita patut lawan habis-habisan atas hak kita..
Masalah agen dia expired lesen ke, agen dia terencat ke.. itu masalah syarikat bukan masalah pelanggan.. atau lebih baik jumpa PPIM.. Persatuan Pengguna ISlam Malaysia.. kata kat dia kalau boleh nak minta tolong kuar paper@TV utk alertkan pengguna lain. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 3# rdzaccess
Yes... bole guna cara ni... suroh bank lak deal ngan pihak insurans... kalu tak ko wat bodo ajer... nak lagi best cuba ko wat amok sket kat opis insuran tu... kalu aku sure aku maki ajer derang2 ni... menyusahkan org ajer! |
|
|
|
|
|
|
|
Terima Kasih Kekawan.. saya sekarang menghantar email untuk pihak insurance review balik keputusan penolakan tuntutan dengan memberi sebab kenapa tuntutan saya tidak harus ditolak dan saya cc kan pada setiausaha tribunal,biro pengantaraan kewangan, Bank negara dan persatuan insurance malaysia. Sebelum saya membuat aduan rasmi pada pihak berkenaan.
Saya ada juga bertanya pada peguam, peguam kata kalau bawak kes ke mahkamah saya boleh menang tapi makan masa. saya boleh tuntut kerugian saya selama tidak ada kenderaan, kos baikpulih dan tuntutan kes tauladan.
saya sekarang menunggu jawapan dari pihak insurance. Claim department ibu pejabat pun hairan kenapa tuntutan saya di tolak kerana semua isu itu bukan kesalahan saya. Penolakkan tuntutan dibuat oleh cawangan insuran di kajang oleh pengurusnya yang tak profesional dan tak mahu memahami masalah org lain..pihak claim department turut mengakui kesulitan berbincang dengan pengurus tersebut. Apa2 pun saya kena bersabar dulu menunggu keputusan dari Pengurus Cwangan di kajang kepada Claim department sebelum tindakan susulan yang perlu saya buat. Bila dah selesai dan tahu jawapannya saya akan dedahkan Nama Insurance tersebut dan nama pengurusnya sekali dan akan protes Say No to sayarikat insurance ini dalam blog saya kelak.. supaya kawan2 semua tidak terkena seperti saya...
Sekali lagi Ucapan terima kasih atas pandangan dan nasihat kawan2 yang banyak membantum untuk tindakan susulan saya kelak.. terima kasih |
|
|
|
|
|
|
|
insurans E? Etiqa ke.... masa nina bedah masuk wad dl pun dorg kata xleh claim coz tempoh aktif lom cukup sbln... tp masa ejen pomot soh masuk ahli bila2 masa2 pun leh tuntut....
dorg sengaja adakan masalah sbb xnak bayar TT kot... x logikla ejen xpired xleh bayar.. bkn mslsh kita ejen xpired kan... kalu ejen kita dh mati maknanya kita xleh claim la?.. peningla bab2 ni... sbb tu skrg kalu dorg dtg nk pomot x hingin nak layan... sbb kta join manis kata2.. bl dh jd ahli huh seksa nak dpt claim.. |
|
|
|
|
|
|
|
Bukan ke yg takmo bayar nie Insuran A bukan Insuran E....??? |
|
|
|
|
|
|
|
Terima Kasih atas respon kawan-kawan. Sekarang nie, syarikat insurance semacam ada pakatan. Bila kita buat tuntutan pihak ketiga, pihak insurance kita akan memutuskan berapa banyak boleh claim, dan meluluskan claim. Insurance kita akan bayar dahulu kos baikpulih kenderaan kita, dan memereka akan membuat tuntutan pada pihak insurance satu lagi.
Hari ini, pihak insurance menelefon, setelah email review saya tentang bantahan saya kenapa tuntutan saya ditolak. Dalam email itu saya cc kan kepada tribunal,Biro pengantaraan kewangan,bank negara dan Persatuan insurance malaysia. Semalam saya hantar hari mereka terus call dan bagitau tuntutan saya diluluskan.. alhamdulillah cepat dan pantas dan keputusan sama sekali berubah setelah kita cc kan email bantahan pada pihak berkenaan.
Jadi kesimpulannya pihak insurance cuba berdolak dalih untuk membayar tuntutan bila kos baikpulih begitu tinggi. Bila kita cc kan kepada pihak yang berkenaan, pihak insurance nampaknya takut dan terus bertindak mengubah keputusannya, disebabkan dalam email saya kepada mereka adan membuat tindakan susulan dengan pihak berkenaan jikalau keputusan ini kekal.
Sekali lagi ucapan terima kasih atas pandangan dan nasihat kawan-kawan. walaupun kelulusan kosnya kurang dari yang dijanjikan sekurangnya saya tidak kehilangan kereta. Kurang Rm1000 disebabkan betterment (atau susut nilai harga kereta). Sekarang saya kena berbincang dengan pihak bengkel adakah mereka boleh mebaiki kereta saya dengan kos yang diluluskan atau pun saya terpaksa keluarkan kereta sari bengkel tersebut ke bengkel lain yang boleh membaiki dengan kos yang diluluskan.
Untuk pengetahuan kekawan, jika kita hendak mengeluarkan kereta dari bengkel A ke bengkel B, Kita hanya perlu membayar kos kereta penunda Rm 300 maksimun. Jangan bayar apa2 kos yang diminta oleh bengkel, kerana dalam perjanjian dengan pihak insurance, kita di bolehkan memindahkan kereta kita, jika kita tidak menyetujui atau tidak ada persefahaman dengan bengkel A. Jika pihak bengkel berkeras tidak membenarkan kita memindahkan kereta kita tanpa membayar kos yg mereka minta.. Tuan-tuan jangan bergaduh. Keluar dari bengkel dan terus ke balai Polis, buat laporan polis kemudian, telefon insurance yg kita ambil, Dengan secara langsung bengkel A boleh dilucutkan lesen dari PIAM, kerana melanggari perjanjian. Jadi Habislah perniagaan bengkel. Ini sumber dari insurance bila saya ajukan pertanyaan, jika kos baikpulih diluluskan bengkel A tidak setuju. Pihak insurance menasihat saya cari bengkel lain jika perkara ini berlaku. |
|
|
|
|
|
|
|
tahniah en. razlan kerana dah selesai perkara pokok berkenaan
insurans kenderaan ni....so cemana?bengkel tu boleh ka baiki kereta
dengan jumlah tuntutan yang diluluskan insurans E? |
|
|
|
|
|
|
|
adekpino saje nk menyelit dlm ni dan berkata...
inilah jawapan kpd driver2 yg memandu di jalan raya dan berkata: "alaaa kalu eksiden dan bukan salah aku, aku boleh claim insuren 3rd party dr keter/moto yg salah tu..." "alaaa, aku drive berhati2, komfem xkn eksiden.." "keter aku di cover insuren, kalu eksiden sbb aku negligent pon insuren kaver maaa...."
moral of the story: "make sure u dont involve with any kind of accident on the road, whoever fault it may be..."
moral of the story 2: insuren akan cube sedaye upaya x bayar claim on keter yg derang kaver...derang akan cube carik loophole...dah last x jumpe, br derang DENGAN RASE BERAT HATI DAN SEDIH DAN KECIWA, baya claim tu...
moral of the story 3: bkn insuren keter jah, SUMER jenis insuren pon cmtu... mase sblm apply/sign sumer nmpk meriangkan, menyeronokkan, menyenangkan, time nk claim....just pray God is on your side... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
adekpino saje nk menyelit dlm ni dan berkata...
inilah jawapan kpd driver2 yg memandu di jalan ...
philipinoe2 Post at 25-3-2011 13:05
ya betul tu, yg kayanya pihak insuran |
|
|
|
|
|
|
|
tahniah en. razlan kerana dah selesai perkara pokok berkenaan
insurans kenderaan ni....so cemana?b ...
al_gojos Post at 25-3-2011 10:32
Pasal kos yg insuran bayar boleh cover kos repair tu.. memang tak cukup. tapi tak banyak..kurang Rm1000. So sekarang tunggu keputusan taukey bengkel, dia boleh repair pada kos yg diluluskan. Tengah menanti jawapan lagi.. sebab kata pekerja bengkel tu..boss dia mau check dulu..boleh cover ker tak.. harap2 boleh.
Sebelum tuntutan lulus insuran boleh cover sekian2 harga cakap dengan bengkel..dan bengkel dah setuju. Tapi bila lulus, kos repair kurang Rm1K dari persetujuan terdahulu, jadi bengkel argue pada saya.. saya call balik insurance..dia kata.. itu jer jumlah yg boleh beri setelah di tolak betterment. Kena tunggu jawapan Boss bengkel camna.. sambil ni tengah ushar mana2 bengkel leh repair dalam kos tu..sebagai persediaan. |
|
|
|
|
|
|
|
Suma yang bengkel claim adalah barangan baru....las las nanti yang dah di repair...ada banyak ketukan dan kimpalan dan gentian nipis dan barangan second hand yang di cat semula.... |
|
|
|
|
|
|
|
Update - Bengkel dah setuju dengan harga tuntutan diluluskan. setelah saya berbincang dengan bengkel.. Apa2 pun terima kasih semua..sudi membantu. |
|
|
|
|
|
|
|
good 4 u bro, congrats!
thanks for sharing your info |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|