CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1123|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Geng Bean Keramat tumpas

[Copy link]
Post time 25-4-2024 01:11 PM | Show all posts |Read mode

Kuala Lumpur: Polis menumpaskan Geng Bean Keramat yang aktif mencuri motosikal susulan penahanan dua suspek termasuk dalang utama dalam dua serbuan berasingan di Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan, pada Isnin lalu.

Penahanan dua lelaki berusia 33 dan 37 tahun itu dibuat pasukan Bahagian Risikan Jenayah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Datuk Habibi Majinji berkata, serbuan pertama jam 11.30 pagi di sebuah rumah pangsa di Taman Keramat di sini, menahan seorang lelaki yang juga dalang utama kes berkenaan.

"Polis berjaya merampas empat motosikal pelbagai jenama disyaki curi.


"Hasil soal siasat terhadap suspek membawa kepada serbuan kedua di sebuah bengkel di Jalan Kayu Ara, Seremban, Negeri Sembilan pada jam 3 petang.

"Dalam serbuan itu, kita (polis) menahan rakan sejenayah yang juga pemilik bengkel dan mekanik. Polis menemui 10 motosikal pelbagai jenama dan enam bongkah enjin motosikal serta satu alat pencanai," katanya dalam sidang media di IPK Kuala Lumpur di sini, hari ini.

Habibi berkata, siasatan mendapati motosikal yang dirampas itu pernah dilaporkan hilang di sekitar Lembah Klang dan Pahang dengan geng berkenaan disyaki aktif melakukan kegiatan jenayah terbabit sejak beberapa bulan lalu.

"Modus operandi geng itu adalah mensasarkan motosikal berkuasa 150cc. Suspek utama bersama dua rakannya yang masih bebas akan mencuri motosikal sebelum dibawa ke bengkel di Seremban untuk dileraikan dan komponen dijual ke pasaran serta pelanggan tetap," katanya.

Katanya, polis sudah mengenalpasti dua suspek yang masih bebas dan sedang giat mengesan mereka.

Tambahnya, siasatan lanjut sedang dijalankan dan polis tidak menolak kemungkinan akan terdapat lagi rampasan motosikal lain selepas ini.

Kata beliau, kedua-dua suspek direman lima hari sehingga esok bagi siasatan mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan.

Beliau menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes kecurian motosikal supaya menyalurkannya dengan menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur 03-21159999 atau balai polis berhampiran.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... bean-keramat-tumpas
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Bagi 'ratings' Rendah,Wanita Indonesia ini Kiciwa tak dapat layanan 'VIP' bersalin czer di hospital kerajaan.Netizen kecam tidak reti bersyukur
YgBenarBagi 'ratings' Rendah,Wanita Ind
Views : 6581 Replies : 48
Tengku Afzan & FD Idzham Bakal Berkahwin
prettygoodTengku Afzan & FD Idzham Bakal Berkahwin
Views : 26305 Replies : 352
Helah jual ‘coklat minda’ tiruan depan sekolah
ultra78Helah jual ‘coklat minda’ tiruan depan
Views : 9223 Replies : 15
'Dah tahu muka hodoh, baik kau bertudung lah betina,' pembuli siber bakal terima surat saman
JoyahMengayah'Dah tahu muka hodoh, baik kau bertu
Views : 19825 Replies : 23
Nampak tak?
stingerkaypohNampak tak?
Views : 5356 Replies : 19
Rita Rudaini luah bangga membesar di zaman Tun Mahathir
mojarean_XRita Rudaini luah bangga membesar di zam
Views : 15699 Replies : 7
Menggembara solo, pernah cuba?
stingerkaypohMenggembara solo, pernah cuba?
Views : 8143 Replies : 30
Uji Minda :)
yoanaUji Minda :)
Views : 89579 Replies : 631
Raya haji pun dijangka sesak teruk
maklukpenggodaRaya haji pun dijangka sesak teruk
Views : 5923 Replies : 61
[ENA/Disney+ 2024] CRASH - Lee Min Ki, Kwak Sun Young, Heo Sung Tae
Rahah[ENA/Disney+ 2024] CRASH - Lee Min Ki, K
Views : 3131 Replies : 18

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-5-2024 08:27 PM GMT+8 , Processed in 0.205375 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list