View: 5023|Reply: 0
|
[Kelantan]
Kes tembak KLIA: Hafizul bakal didakwa 7 tuduhan kes senjata
[Copy link]
|
|
Hafizul (tengah) diiringi anggota polis semasa tiba di pekarangan Kompleks Mahkamah Kota Bharu, Kelantan sebentar tadi. FOTO KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN/ KOSMO!
KOTA BHARU – Suspek kes tembak di Balai Ketibaan Terminal 1, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA 1), Sepang pada 14 April lalu, Hafizul Harawi, 38, tiba di Mahkamah Sesyen Kota Bharu sebentar tadi.
Hafizul yang dikawal ketat anggota Bahagian Siasatan Khas (D9) tiba di pekarangan mahkamah dengan trak polis pada pukul 8.31 pagi dengan berpelitup muka dan memakai baju lokap berwarna oren.
Suspek dijangka akan didakwa atas tujuh pertuduhan iaitu Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 (Akta 37), Seksyen 8 (a) Akta Senjata 1960 (Akta 206) dan Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957.
Hafizul juga akan menghadapi tiga pertuduhan mengikut Peraturan 25(1)(o) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 dan Seksyen 108(3)(f) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/04 ... uduhan-kes-senjata/ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|