CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 4604|Reply: 0

[Terengganu] Kerajaan Terengganu pantau, elak ajaran sesat kembali menular

[Copy link]
Post time 23-4-2024 01:29 PM | Show all posts |Read mode

Dr Muhammad Khalil Abdul Hadi.

Kuala Terengganu: Kerajaan Terengganu sentiasa memantau ajaran yang telah difatwakan sesat oleh Jabatan Mufti Negeri daripada terus diamalkan masyarakat.

Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah negeri Dr Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata selain ajaran Kerajaan Langit Ayah Pin, turut dipantau Pegawai Penguatkuasa Syariah (PPS) Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) ialah ajaran Mohib Khouli dan Kanzun Makhfiyyan.

"Tindakan penguatkuasaan akan diambil sekiranya ajaran ini terus disebarkan di negeri Terengganu mengikut Seksyen 10 (menghina atau mengingkari pihak berkuasa agama) atau Seksyen 12 (pendapat yang bertentangan dengan fatwa)," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Riduan Mohamad Nor (PAS-Jertih) pada sesi soal jawab lisan Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri ke-15, di sini hari ini.


Dr Muhammad Khalil berkata PPS JHEAT juga telah menerima beberapa aduan berhubung ajaran yang meragukan dan tindakan sewajarnya telah diambil berdasarkan Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Terengganu) 2001 dengan kesemua kes tersebut masih dalam proses risikan dan siasatan.

Sebelum ini, satu hantaran di akaun Facebook 'Imam Muda Kulan' mendakwa ajaran Ayah Pin cuba dihidupkan kembali oleh gerakan pihak-pihak tertentu di sekitar Besut.

Jawatankuasa Fatwa Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) telah mengeluarkan fatwa ajaran Ayah Pin sesat mengikut Seksyen 25 Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam 1986 dan diwartakan haram pada 1997.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... sat-kembali-menular

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2026 08:57 AM GMT+8 , Processed in 0.086998 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list