View: 2795|Reply: 0
|
Pedrosa kembali gegar trek MotoGP
[Copy link]
|
|
PEDROSA diberikan tiket wildcard oleh KTM untuk menghadapi perlumbaan GP Sepanyol pada 28 April ini. – AFP
AUSTIN – Pasukan KTM Factory Racing dilihat mahu terus membangunkan jentera terbaik mereka apabila memutuskan untuk menurunkan pelumba uji iaitu Dani Pedrosa menjelang perlumbaan Grand Prix (GP) Sepanyol pada 28 April ini.
Selain Pedrosa, KTM juga membuat keputusan memanggil Pol Espargaro sebagai pelumba wildcard pada GP Itali di Litar Mugello nanti.
Kedua-dua pelumba berpengalaman berkenaan dipanggil untuk membantu barisan kejuruteraan pasukan dari Austria itu untuk membina jentera terbaik mereka musim ini.
Seperti sedia maklum, Pedrosa menjadi watak penting dalam proses pembangunan jentera KTM RC16 ketika ini yang dilihat lebih berdaya saing terutama mampu berada di podium bersama Ducati.
“Saya sangat seronok di Jerez tahun lepas dan sambutan daripada peminat sangat mengagumkan. Kita semua tahu Jerez adalah litar yang istimewa.
“Bagi kami adalah penting untuk menggunakan beberapa rujukan untuk ujian kami dan meletakkannya semula dalam persekitaran perlumbaan yang kompetitif. Ini adalah sebab utama saya dipanggil agar KTM mampu bersaing lebih hebat pada musim 2024,” kata Pedrosa.
Sementara itu, Espargaro gembira dapat menyertai pasukan KTM semula sejak dia disingkirkan daripada pasukan satelit KTM GasGas Tech3 berikutan kecederaan sebelum memberi laluan kepada Pedro Acosta musim ini.
“Sangat gembira dapat berlumba sekali lagi terutamanya di Mugello. Saya sangat teruja untuk menunggang jentera KTM baharu ini. Ujian sebelum ini sangat baik dan saya bermotivasi selain ingin menunjukkan bujian kami bersama KTM benar-benar berfungsi serta laju,” ujarnya. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2024/04 ... -gegar-trek-motogp/ |
|
|
|
|
|
|
| |
|