View: 5944|Reply: 0
|
[Pahang]
Operasi padam kebakaran hutan tanah gambut Rompin hampir selesai
[Copy link]
|
|
Anggota Bahagian Udara Ibu Pejabat JBPM memeriksa peralatan digunakan operasi memadam kebakaran di hutan tanah gambut. - Foto NSTP/Mohd Rafi Mamat
ROMPIN: Operasi memadam kebakaran hutan tanah gambut seluas lebih 180 hektar di daerah ini dengan mengguna helikopter jenis Agusta ditamatkan kelmarin selepas tiga hari terbabit dengan tugas berkenaan.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani, berkata helikopter Agusta tidak lagi digunakan selepas kawasan kebakaran semakin mengecil berikutan hujan lebat.
Beliau berkata kawasan kebakaran hutan tanah gambut di Rompin kini hanya tinggal kira-kira 0.81 hektar sahaja lagi dan aktiviti pemadaman sepenuhnya dilakukan oleh anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rompin.
"Hujan lebat di daerah ini dan Kuantan minggu lalu menjadi penyumbang utama kebakaran hutan tanah gambut di dua daerah berkenaan terkawal seterusnya padam sepenuhnya.
"Kebakaran hutan tanah gambut di Gebeng seluas 110.5 hektar dan di Inderapura Jalan Kuantan-Pekan (320 hektar) yang berlaku lebih 10 hari padam sepenuhnya selepas hujan lebat selain operasi pemadaman oleh anggota BBP Taman Tas, BBP Indera Mahkota dan BBP Peramu, Pekan," katanya dihubungi semalam.
Ismail berkata, operasi memadam kebakaran dan pemantauan di daerah ini dijangka selesai sepenuhnya dalam tempoh dua hari lagi, sekiranya berlaku hujan lebat operasi akan tamat selewat-lewatnya hari ini.
https://www.bharian.com.my/berit ... mpin-hampir-selesai |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|