View: 14710|Reply: 0
|
[Pahang]
Raya di sebalik tirai besi beri keinsafan kepada suami isteri
[Copy link]
|
|
Jamilah (bukan nama sebenar) menerima menjalani hukuman penjara 12 tahun di Penjara Bentong kerana mengedar dadah. - Foto NSTP/Mohd Rafi Mamat
BENTONG: "Aidilfitri ini adalah tahun keenam lima anak beraya tanpa saya dan suami," kata banduan yang hanya mahu dikenali sebagai Jamilah, 41.
Jamilah kini menjalani hukuman penjara 12 tahun di Penjara Bentong, tempoh sama dijalani suaminya di Penjara Penor, Kuantan yang juga dihukum 12 sebatan atas kesalahan mengedar dadah.
Pasangan suami isteri ini menjalani hukuman serentak pada 2018 selepas ditahan di rumah ketika serbuan menemukan dua kilogram (kg) dadah jenis methamphetamine di rumah mereka.
Menurut Jamilah dia bersyukur setiap kali Syawal lima anaknya yang berusia antara lapan hingga 23 tahun datang menjenguk di penjara.
Katanya, semalam anak-anaknya sekali lagi datang untuk bertemu dengannya walaupun hanya 15 minit.
"Walaupun hanya bercakap melalui telefon, itu sudah cukup untuknya melepaskan rindu.
"Pada Syawal tahun lalu saya diberi peluang bertemu anak dan ahli keluarga secara bersemuka pada Program Jalinan Kasih sempena Aidilfitri, namun tahun ini peluang itu diberikan kepada banduan lain pula.
"Sebelum bertemu saya, anak-anak berjumpa bapa mereka di Penjara Penor," katanya.
Jamilah antara 289 banduan lelaki dan wanita Penjara Bentong dibenarkan bertemu keluarga pada program perjumpaan Aidilfitri selama dua hari.
Pada hari pertama, seramai 155 banduan berpeluang bertemu dengan 552 ahli keluarga dan semalam seramai 134 banduan dapat berjumpa 462 ahli keluarga yang datang dari dalam dan luar Pahang.
Jamilah berkata, sepanjang di Penjara Bentong dia berpeluang mengikuti kelas bacaan al-Quran dan kelas agama yang diadakan dari semasa ke semasa.
"Saya kini menjalani rutin harian di bengkel pastri bersama lebih 40 banduan lain, kami bertanggungjawab menyediakan 12 jenis biskut raya istimewa air tangan Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah termasuk biskut jenama Penjara Bentong.
Sementara Pengarah Penjara Bentong, Timbalan Komisioner Penjara, Mohamad Ismail, berkata setiap tahun pihaknya memberi peluang kepada ahli keluarga datang bertemu banduan pada program perjumpaan Aidilfitri.
"Setiap keluarga hanya dibenarkan berbual dengan banduan menerusi telefon antara 10 hingga 15 minit berbanding 30 minit pada hari biasa.
"Program perjumpaan Aidilfitri diadakan bagi memberi peluang kepada keluarga melepaskan rindu pada banduan selain menjadi sokongan pada banduan serta bukti golongan terbabit tidak disisih keluarga," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... kepada-suami-isteri |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|