CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13393|Reply: 0

Qabil cari keserasian berlumba dalam keadaan sejuk

[Copy link]
Post time 8-4-2024 03:37 PM | Show all posts |Read mode

QABIL Irfan bersiap sedia untuk aksi pusingan pertama Kejuaraan Superbike Sepanyol (ESBK) 2024 di Litar Jerez. -FOTO Ihsan ZK Racing

Kuala Lumpur: Pelumba cilik negara, Qabil Irfan Azlan mengakui berlumba dalam keadaan sejuk di pusingan pertama Kejuaraan Superbike Sepanyol (ESBK) 2024 di Litar Jerez hujung minggu lalu ternyata memberi kesukaran buatnya untuk mendapatkan keputusan cemerlang.

Menurut pelumba yang mewakili VHC Frando Racing itu, dia juga tidak berapa gembira dengan keputusan dalam kedua-dua perlumbaan selepas menduduki tempat keenam (Perlumbaan 1) dan ke-12 (Perlumbaan 2).

"Saya rasa tidak bagus dengan motosikal saya. Litar licin, sejuk dan tayar tidak mencengkam," katanya yang pulang ke tanah air hari ini untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga di kampung.

Ujar Qabil Irfan, dia sekarang ini perlu memperbaiki cara tunggangan terutama sekali dalam perlumbaan cuaca sejuk.


"Saya nak ucapkan terima kasih kepada sesiapa yang menyokong dan mendoakan saya," kata pelumba berusia 12 tahun itu.

Sementara itu, Ketua Pasukan ZK Racing, Zulfahmi Khairuddin berkata, tujuan mereka datang ke sana adalah untuk memberi pengalaman awal kepada Qabil berlumba di Eropah.

"Keputusan pada Perlumbaan 1 adalah keputusan yang membanggakan manakala keputusan untuk Perlumbaan 2 adalah pengalaman yang berharga untuk kita perbaiki pada pusingan yang akan datang.

"Sepanjang minggu di sini Qabil menghabiskan sesi di tempat kesembilan dan ke-10 tetapi pada perlumbaan, Qabil berada bersama kelompok hadapan bersaing untuk podium," kata Zulfahmi.

Tambahnya, ia adalah pengalaman yang bagus untuk Qabil dan pasukan sebelum pulang ke Malaysia untuk berlatih sebaiknya bagi pusingan kedua di Valencia.

"Untuk Perlumbaan 2 adalah saingan yang sukar buat Qabil, di mana dia tidak berasa yakin dengan motosikal, litar rasa licin dari lap 1 hingga akhir perlumbaan kerana cuaca sejuk," katanya.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... dalam-keadaan-sejuk
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 06:13 PM GMT+8 , Processed in 0.281059 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list