View: 2576|Reply: 0
|
[Kelantan]
Peniaga air mengaku tidak bersalah rogol remaja
[Copy link]
|
|
Peniaga air, Aidie Edham Jafridin, didakwa di Mahkamah Sesyen Kota Bharu atas tuduhan merogol remaja perempuan di Bachok, bulan lalu. - NSTP/NIK ABDULLAH NIK OMAR
KOTA BHARU: Seorang peniaga air didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas tuduhan merogol kekasihnya yang juga remaja bawah umur, bulan lalu.
Aidie Edham Jafridin, 24, mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan selepas kertas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Nik Habri Muhamad.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa merogol seorang remaja perempuan berusia 13 tahun lapan bulan di sebuah rumah di Gunong, dekat Bachok, kira-kira jam 10 pagi pada 27 Mac lalu.
Dia didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan (Akta 574) yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Faiz Fitri Mohamad, manakala tertuduh diwakili peguam bela, Muhammad Zulfaqar Al-Basysyar Saharrudin.
Terdahulu, Ahmad Faiz Fitri mencadangkan jaminan lebih tinggi antara RM12,000 hingga RM14,000 terhadap tertuduh dengan syarat lelaki itu tidak mengganggu mangsa dan saksi pendakwaan.
Bagaimanapun, Muhammad Zulfaqar Al-Basysyar memohon mahkamah membenarkan anak guamnya dijamin RM10,000 kerana tertuduh membantu bapanya menjual air kelapa dengan pendapatan RM50 sehari.
Katanya, anak kedua daripada lapan beradik itu hanya bersekolah sehingga Tingkatan Empat dan mengalami masalah pembelajaran.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM12,000 dengan seorang penjamin dengan syarat tidak mengganggu saksi dan melaporkan diri di Balai Polis Gunong sebulan sekali.
Mahkamah menetapkan 6 Mei sebagai tarikh sebutan semula kes.
https://www.bharian.com.my/berit ... rsalah-rogol-remaja |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|