CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4477|Reply: 0

[Terengganu] Satu tan ayam habis terjual dalam masa sejam

[Copy link]
Post time 3-4-2024 11:49 AM | Show all posts |Read mode
Satu tan ayam habis terjual dalam masa sejam

OlehNURFARDLINA IZZATI MOKTAR

03 April 2024 11:23am








Hasmila (tengah) mengagihkan beras yang dijual pada program Jualan Agro Madani LPP Terengganu pada Rabu.




KUALA TERENGGANU - Satu tan ayam yang dijual dengan harga RM7.60 sekilogram habis dijual dalam tempoh kira-kira satu jam pada program Jualan Agro Madani Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Negeri Terengganu di sini pada Rabu.

Pengarah LPP Terengganu, Hasmila Abas berkata, pengunjung mula menyerbu program tersebut seawal jam 7 pagi tadi yang diadakan di perkarangan masjid Jamek Mengadang Baru dekat sini.


Orang ramai mengambil peluang membeli daging yang dijual pada harga murah






"Selain ayam, bahan mentah lain turut dijual kepada orang ramai seperti beras dan daging. Kita lihat ada beberapa produk menjadi sasaran pengunjung antaranya daging yang dijual pada harga promosi iaitu RM27 bagi satu kilogram (kg) di mana ia habis terjual dalam masa setengah jam.
"Selain itu, kita juga ada jual beras super tempatan yang dijual pada harga RM26 untuk 10 kg. Program jualan itu sudah tentu dapat membantu meringankan beban rakyat tatkala kenaikan kos barang ketika ini.


"Jadi dengan adanya 14 program jualan ini sepanjang April dapat membantu rakyat menerusi penawaran produk makanan asas yang dijual pada harga murah selain peniaga turut menerima manfaat sama apabila dapat menjana lebih pendapatan menerusi program tersebut," katanya.


Hasmila (tengah) pada program Jualan Agro Madani Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Negeri Terengganu




Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada program tersebut di Pekarangan Masjid Jamek Pengadang Baru di sini pada Rabu.


Mengulas lanjut, Hasmila berkata, seramai 70,000 pengunjung bakal menerima manfaat melalui 14 program Jualan Agro Madani LPP Negeri Terengganu yang diadakan di seluruh negeri sepanjang April ini.

Menurutnya, program itu melibatkan 30 usahawan tempatan dengan mensasarkan jualan produk makanan asas termasuk beras, daging, ayam dan telur pada harga yang lebih murah serta berpatutan.

"Kita mensasarkan kira-kira 5,000 pengunjung untuk setiap program Jualan Agro Madani LPP yang diadakan di lokasi terpilih di seluruh negeri.

"Selain itu, kita juga mensasarkan jualan sebanyak RM100,000 di setiap lokasi diadakan terutama musim perayaan ini," ujarnya.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 06:20 AM GMT+8 , Processed in 0.038673 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list