CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 22731|Reply: 19

[Jenayah] 13 remaja dituduh bunuh pelajar Kolej Vokasional

[Copy link]
Post time 2-4-2024 09:50 PM | Show all posts |Read mode
LAHAD DATU: Tiga belas remaja didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang pelajar lelaki berusia 17 tahun di Kolej Vokasional, di sini bulan lalu.

Mereka berusia 16 hingga 19 tahun dituduh bersama-sama membunuh Mohammad Nazmie Aizzat Mohd Narul Azwan di Bilik Asrama 7 Resak dan 5 Belian, Kolej Vokasional Lahad Datu pada kira-kira jam 9 malam 21 Mac hingga 7.38 pagi 22 Mac.

Semua remaja lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara tidak kurang 30 tahun, namun tidak melebihi 40 tahun dan tidak lebih 12 sebatan jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada kesemua tertuduh pada prosiding secara tertutup di hadapan Majistret Nur Asyraf Zolhani kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Pada prosiding bermula jam 9 pagi itu, hanya keluarga tertuduh dibenarkan berada dalam bilik bicara kerana kes membabitkan juvana.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Ng Juhn Tao, manakala dua daripada tertuduh diwakili peguam, Amirul Amin Rashid serta Kamarudin Mohmad Chinki. Baki 11 tertuduh lain tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan 16 Mei ini untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan kimia serta bedah siasat diserahkan. – BERNAMA

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-4-2024 09:04 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2024 09:53 PM | Show all posts
mesti family bangga anak mereka berjaya memakai baju oren tu.

Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2024 10:06 PM | Show all posts
16+30=46 tahun... katalah hukuman jatuh selepas 2 tahun perbicaraan, keluar penjara pada umur 48 tahun atau lebih lagi kpd yg lebih tua... kena sebat lagi.

.. satu-satunya kelebihan ialah makan free tapi tak sedap dan tak boleh memilih..  bila keluar nanti fizikal dah tua tapi mentaliti masih sekitar 20an sebab terkurung plus emosi yang trauma
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2024 11:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by dua_chzy at 2-4-2024 03:11 PM

Try them like an adult!

Ada sekor anak haram benih syaitan pernah bunuh ex cikgu dia masa dia Form 5 di daerah akak ini. Sebab dia baru 17 masa tu, dia dibicarakan dan dijatuhkan hukuman under juvenila jurisdiction.

Tak lama pun dia dok dalam penjara juvenile. Ai think umo 21 dah lepas? Pehtu punya la syaitan takda lansung rasa kesal. Last year anak haram tu wanted di daerah akak sebab hada kes rompak dan samun bersenjata.

Jadi apa guna nak protect syaitan ni suma hanya karna meka juveniles?!

Akak detest betul law human rights kepala bana segala ini yang protecting the perpetrators, not the victim!

Oh btw akak nak juga mentioned, anak haram syaitan tu jadik gitu sebab selama dia makan dadah, mak bapak dia jadik enablers dia. Dah sampai la akhirnya anak bunuh orang sebab nak duit beli dadah, baru nak terngadah. Tu pun takda lansung family anak syaitan ni pi mintak maaf kat keluarga si mati.
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2024 11:09 PM | Show all posts
syukorrr...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-4-2024 11:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Merasalah korang.


Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2024 05:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Kacangmanis at 3-4-2024 05:26 AM

Nnti kan kat section comment di tt, ig mesti ada yg komen "Sekurang2nya mereka dah tau pengakhiran mereka. Tak mustahil mereka sempat bertaubat. Banding dengan kita yg blm tau lagi pengakhiran hidup macam mana. Pastu sebut nama Allah bagai. Yerkkk. Muntah aku baca. Rasa nak lempar taik ja kat muka satu2. Sorry ya, benci betul dgn pembela org yg terang2 berbuat jahat. Cam kes bunuh dan korek perut makwenya tu. Juga cam kes arwah Suria. Boleh plk org yg mati disalahkn. Wekkk.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-4-2024 08:27 AM | Show all posts
Kacangmanis replied at 3-4-2024 05:24 AM
Nnti kan kat section comment di tt, ig mesti ada yg komen "Sekurang2nya mereka dah tau pengakhiran m ...

youtube & fb juga



Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2024 09:22 AM | Show all posts
Bakal tahanan yang Islam, luapkan Hari Raya jawapannya. Yang rakyat Malaysia, sambut Hari Merdeka dan Hari Malaysia dalam jel jawapannya..
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2024 09:38 AM | Show all posts
yg bawah 18 tahun ni xkene hukuman juvana ke...atau kalau utk jenayah bunuh, juvana dikecualikan utk diorg
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2024 10:02 AM | Show all posts
bad seed
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2024 10:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Takleh bg hukuman mati ka? Senang2 jahh deme terlepaih masuk masyarakat balik kalau takde hukuman mati..
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2024 10:41 AM From the mobile phone | Show all posts
padan muka melingkup la dlm tu
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2024 11:11 AM | Show all posts
Terajang ramai-ramai dalam tu tengok rasa apa
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2024 11:14 AM | Show all posts
cranell replied at 2-4-2024 01:53 PM
mesti family bangga anak mereka berjaya memakai baju oren tu.

tema baju raya tahun ni, oren.. cantik kan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-4-2024 11:18 AM | Show all posts
dlm aspek undang2 sivil, dlm apa jua keadaan sekalipun, manusia tidak boleh mengambil nyawa manusia lain...kecuali badan2 kerajaan seperti polis, askar, etc...itu pun dlm keadaan tertentu shj
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2024 01:21 PM From the mobile phone | Show all posts
tembun2 je semuanya?
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2024 04:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Kurex replied at 3-4-2024 01:21 PM
tembun2 je semuanya?

Tak pe dlm kurungan nanti makin slim le dia orang tu....Siap kena lenjan  lagi dgn  senior...merasa lah kena sebat sampai bersepai daging punggong
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2024 04:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Anak2 yang baik
Semoga mendapat syurga

Begitula doa ibu2 mereka setiap kali solat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-6-2024 03:24 AM GMT+8 , Processed in 0.078339 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list