View: 6509|Reply: 0
|
F1: Nasib Ricciardo dalam bahaya
[Copy link]
|
|
RICCIARDO gagal meraih sebarang mata selepas tiga perlumbaan menyebabkan nasibnya bersama RB F1 Team dalam bahaya. - AFP
LONDON – Pelumba pasukan RB F1 Team, Daniel Ricciardo terus berdepan tekanan apabila dilihat bergelut untuk memulakan saingan F1 musim ini dengan baik.
Ricciardo masih tercari-cari rentak terbaiknya semula apabila gagal meraih sebarang mata walaupun perlumbaan F1 sudah memasuki pusingan ketiga dan lebih mengecewakan rakan sepasukannya, Yuki Tsunoda berjaya meraih enam mata.
Jika diikutkan, Ricciardo tidak berdepan masalah untuk mengawal jentera pasukan RB F1 kerana jentera tersebut adalah salinan daripada jentera RB19 yang dipacu oleh Max Verstappen dan Sergio Perez musim lalu.
Penasihat Red Bull, Helmut Marko seakan memberi bayangan dan amaran bahawa ramai pelumba baharu menanti untuk mengambil alih tempat Ricciardo antaranya Liam Lawson sekiranya prestasinya gagal meningkat.
“Saya dalam proses menempuh perjalanan ini dan saya hanya perlu fokus pada diri sendiri. Jika saya membiarkan cakap-cakap luar ia akan mengalih perhatian saya untuk meneruskan perlumbaan ini.
“Jadi, saya tidak memberikan mana-mana perkara negatif mengganggu fokus saya,” kata Ricciardo.
Ricciardo mempunyai 21 perlumbaan untuk membuktikan kemampuannya dan jika masih gagal menampil aksi terbaiknya, kemungkinan kariernya dalam bahaya apabila boleh digugurkan lebih awal seperti nasib yang dilalui Nicky De Vries musim lalu.
Sebelum ini, Ricciardo disebut-sebut kembali ke pasukan utama Red Bull untuk mengambil alih tempat Sergio Perez, tetapi sekiranya dia gagal untuk tampil dengan baik impian tersebut mungkin akan lenyap. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2024/04 ... iardo-dalam-bahaya/ |
|
|
|
|
|
|
| |
|