CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6403|Reply: 0

Marquez dedah punca kerap kemalangan

[Copy link]
Post time 26-3-2024 01:18 PM | Show all posts |Read mode

MARC Marquez. FOTO AFP

Portimao: Meskipun terbabit dengan beberapa kemalangan sepanjang Grand Prix Portugal minggu lalu, namun penampilan kali kedua Marc Marquez bersama pasukan Gresini Ducati menunjukkan peningkatan ketara.

Gagal mengutip mata pada perlumbaan sebenar Ahad lalu selepas terbabit dengan kemalangan bersama juara bertahan, Francesco Bagnaia, Marquez berkata, segala kesilapan yang dilakukannya adalah kerana kurang pengalaman bersama jentera baharu.

"Hujung minggu yang baik. Maksud saya, kami mencapai kelajuan yang dimahukan, itu yang paling penting," kata Marquez.

"Memang benar saya terjatuh tiga kali pada sesi latihan, tetapi ketiga-tiga kemalangan itu bukanlah kesilapan yang bodoh, tetapi ia boleh dielakkan apabila saya menunggang lebih banyak kilometer bersama jentera baharu.


"Saya terjatuh ketika sesi latihan kerana berkaitan dengan masalah teknikal. Kemudian pada sesi pemanas badan, kaki saya tergelincir dari tempat pemijak kaki dan kemudian terjatuh.

"Saya lebih tenang ketika perlumbaan sebenar. Cuma ketika itu sedikit gusar dengan masalah tayar depan.

"Tetapi kemudian saya terbabit kemalangan dengan Bagnaia dan ia memusnahkan segala-galanya," katanya.

Sebelum insiden itu, kedua-dua juara MotoGP itu dipintas oleh pelumba rookie, Pedro Acosta, yang menamatkan saingan di podium ketiga hanya pada perlumbaan keduanya di kelas perdana.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... ca-kerap-kemalangan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 06:17 PM GMT+8 , Processed in 0.662773 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list