CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4695|Reply: 0

[Sarawak] Polis buru suspek kes samun, pecah rumah di Miri

[Copy link]
Post time 26-3-2024 05:50 AM | Show all posts |Read mode


ALEXSON

MIRI: Polis sedang memburu suspek yang terlibat dalam kes samun dan pecah rumah sekitar Miri menerusi Op Pencegahan Jenayah.

Ketua Polis Daerah Miri Alexson Naga Chabu berkata pihaknya telah menerima tiga laporan berkaitan kes samun yang dilaporkan di Hilltop Miri pada 20 Mac, Ocean Park (21 Mac) dan Permyjaya (24 Mac).

Susulan itu katanya, satu operasi dilancarkan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri dengan kerjasama Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 12.

"Susulan daripada laporan tersebut, IPD Miri dengan kerjasama PGA Batalion 12 telah melancarkan Op Pencegahan Jenayah, Sekatan Jalan Raya serta telah menggerakkan semua elemen polis untuk mengesan suspek yang terlibat dalam kes samun dan pecah rumah," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Alexson menambah pihaknya turut menasihati masyarakat untuk tidak membuat sebarang spekulasi dan menularkan isu-isu sensitif di media sosial yang boleh menimbulkan kerisauan dan kegusaran di kalangan masyarakat tempatan.

Selain itu juga, masyarakat juga diminta untuk sentiasa peka dengan persekitaran masing-masing serta meningkatkan sistem kawalan keselamatan di kediaman seperti pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) ataupun sistem alat penggera.

Mana-mana individu yang mempunyai maklumat berkaitan perlakuan ini, diminta tampil ke Balai Polis yang berdekatan atau menghubungi di talian 085-433730 untuk menyalurkan maklumat berkaitan.

Pihak polis katanya, amat menghargai keprihatinan masyarakat terhadap keselamatan dan persekitaran di daerah Miri.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-5-2024 10:11 PM GMT+8 , Processed in 0.072429 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list