View: 13912|Reply: 3
|
Stroller berbaloi ke beli yang mahal?
[Copy link]
|
|
Hi uolss. Nak tanya stroller ni berbaloi ke yang beli yg mahal? Contoh yoyo+ , nuna atau bugaboo tu. Fikir beli mahal sbb nampak kualiti macam ok, tahan lama, dsb. Contoh kalau bugaboo butterfly tu tu siap ada accessories tambahan dekat belakang stroller boleh tambah seat duduk. Seat sandar dia pun tinggi, sesuai untuk kanak2 yang tinggi so boleh pakai sampai anak dah besor.
Tapi tulaa.. mahal pulak sampai RM2300+. Tak sure berbaloi ke tak. Takut anak taknak duduk lama dalam tu. Nak kata selalu travel, idok le sangat. Sesekali jerr..
Eh selalunya kalau yg ada brand ni boleh jual balik dengan harga tinggi sikit kan? Selalunya korang pakai stroller sampai anak umur berapa tahun?
|
|
|
|
|
|
|
|
dilema iols baru2 ni sebab selepas 8 tahun dapat baby baru pula..
sebelum beli stroller tu, kena take notes few benda la
1. Anak kita akan duduk dalam tu ka
2. kalau duduk sampai toddler atau waktu baby ja, ini akan menentukan jenis stroller
3. kita prefer outdoor ka indoor stroller
4. berat stroller dan saiz stroller
lepas dah ada jawapan untuk semua ni baru lah pilih dari segi harga dan brand
Stroller mahal ni boleh jual semula , sebab iols pun rituh mmg cari yg used punya utk stroller anak, But if u intend nak jual balik esp yg mahal ni kena la jaga supaya xde la defect teruk2 sangat baru la boleh maintain price tu,,but price used pun xde la tinggi sangat boleh jual semula,.,.
but lastly tokwan dia sponsor jadi beli yang baru jadi iols beli yg range bawah RM600-1000 je..
but kawan iols pula kebetulan bagi stroller mahal dia kat iols Britax Blively..agak bagak untuk masuk dalam kereta iols jadi x guna sangat..
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 27-3-2024 10:59 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
cycra replied at 26-3-2024 11:39 AM
dilema iols baru2 ni sebab selepas 8 tahun dapat baby baru pula..
sebelum beli stroller tu, kena ta ...
Aaa thank you for your reply sis. Dalam dilemma jugak ni sebab sebelum ni beli stroller yang mur2 dalam RM400 je, tapi banyak kekurangan jugakk..thats y untuk baby baru ni rasa macam nak beli yang elok sikit, cuma tak sure penerimaan baby baru ni macam mana..????
1) Awalnya plan nak ke mana-mana pakai body carrier je.. tapi baby baru ni badan semangat sikit so takut tak larat, nak bagi dia duk je dalam stroller..
2) Hopefully sampai ke toddler, sedang mencari yang boleh sampai 22kg. Sebelum ni sampai 15kg je, tak boleh pakai lama..
3) Prefer both. Boleh dak? Haha. Tapi mencari yang boleh masuk cabin. Kadang2 ada jugak fly2
4) Berat tak kisah sebab husband iols yang akan bawak tu nanti kalau size yang boleh muat kereta myvi..
|
|
|
|
|
|
|
|
owh dilema yg sama macam iols la rituh..
after membuat research secara atas talian dan kemudian p beberapa physical store, iols memilih Quinton Gold Plus..sebab design dan autofold, boleh sampai berat 22kg..then x berat nak bawa ke sana ke sini dalam 7kg je..iols ada Myvi dan muat juga kat boot Myvi tu..Range harga dalam RM800..cari la kedai yg ada diskaun..mayb boleh dapat murah sikit..Quinton punya range pun ada berjenis2 lagi stroller..
time i survey kat kedai tu, i minat juga Joei Pact Pro sebab dia ringan..tapi melebihi bajet iols time tu..so Quinton ni dari segi design lebih kurang la..
Stroller mahal yg menjadi idaman iols pula Nuna TRIV..point penting Nuna ni sebab boleh pusing seat tu,,hahah tp berat sket dan harga keras banyak,,RM3+++ ..Owh iols juga kena scam dengan seller yg nk jual prelove Nuna,..hampir2 RM900 juga hangus,,tu yg bajet stroller jadi kecil lepas tu..sebab dah sedekah kat scammer RM900,,frust betul iols..
yg stroller Britax iols tu pun sedap tolak,,sturdy la dia,,tp sangat bagak stroller nya,,x mesra boot Myvi,,iols simpan kat rumah je unless nk p outdoor and naik kereta suami iols..
|
|
|
|
|
|
|
| |
|