CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7765|Reply: 2

[Dunia] Suami indon ditangkap khalwat pura-pura pengsan

[Copy link]
Post time 15-3-2024 12:41 PM | Show all posts |Read mode
Suami ditangkap khalwat pura-pura pengsan

https://www.kosmo.com.my/2024/03 ... -pura-pura-pengsan/

Oleh KOSMO!
14 Mac 2024, 6:35 pm


Si suami yang jelas terkejut secara tiba-tiba jatuh dan kelihatan seolah-olah pengsan. – Instagram

JAKARTA – Sebuah video tular di media sosial Indonesia mengundang ketawa netizen kerana memaparkan aksi licik seorang suami  berpura-pura pengsan selepas dia ditangkap berdua-duaan dengan wanita lain, lapor laman berita Dream hari ini.

Dalam kejadian yang berlaku di Manado, wilayah Sulawesi Utara, seorang wanita iaitu isteri lelaki berkenaan dilihat tiba di sebuah bilik sewa bersama beberapa anggota polis.

Setelah pintu bilik dibuka, si suami yang jelas terkejut secara tiba-tiba rebah dan kelihatan seperti  pengsan.

Si isteri  didengari memberitahu anggota polis supaya tidak menghiraukan suaminya yang hanya berpura-pura.

“Dia hanya berpura-pura. Dia memang selalu banyak helah, sudah biasa. Periksa sahaja (bilik),” kata si isteri.

Anggota polis  meneruskan pemeriksaan mereka di dalam bilik yang dikatakan turut mempunyai seorang wanita di dalamnya.

Si suami kemudian bangun seolah-olah tersedar daripada pitam. Dia kemudian menanti di hadapan bilik yang sedang diperiksa oleh polis.

Video itu menjadi tular dan menerima pelbagai komen netizen.

“Isterinya sudah faham sangat perangai si suami. Malunya!” kata seorang netizen.

“Tidak pandai berlakon. Curang pun sudah dapat ditangkap, apatah lagi berlakon pengsan,” kata netizen lain. – AGENSI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-3-2024 11:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Haha..  @Friska nyorok topik gini..
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2024 10:45 AM | Show all posts
Aduh, bagus sekali moralitas cowok Indonesia yang sesuci embun pagi?

@Nusantararaya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-6-2024 05:23 PM GMT+8 , Processed in 1.371464 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list