CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6655|Reply: 0

[Kelantan] Muda lagi dah jadi kuncu sindiket petrol

[Copy link]
Post time 13-3-2024 04:21 PM | Show all posts |Read mode

Tangki ubah suai yang terdapat dalam kereta Proton Iswara yang membawa sejumlah petrol seludup disita oleh KPDN di Pengkalan Kubor. foto IHSAN KPDN

Tumpat: Usia baru mencecah 17 tahun namun seorang remaja perempuan sudah berani diupah menjadi kuncu sindiket penyeludupan petrol subsidi.

Remaja terbabit bagaimanapun berjaya diberkas anggota Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) ketika sedang leka mengisi petrol di stesen minyak di Kampung Telaga Bata, Pengkalan Kubor, di sini.

Remaja terbabit yang sudah tidak bersekolah itu ditahan jam 12.40 tengah hari kelmarin.

Pengarah KPDN Kelantan, Azman Ismail berkata, KPDN mulanya mengesan kereta Perodua Kenari dipandu remaja perempuan terbabit dalam keadaan mencurigakan.



Menurutnya, suspek membuat pengisian petrol berulang kali di beberapa stesen minyak sekitar daerah ini sebelum ditahan.

"Pemeriksaan lanjut menemui 325 liter petrol dalam kenderaan itu yang dipercayai untuk dibawa ke pangkalan haram di sini (Pengkalan Kubor).

"Remaja itu yang disoal siasat memberi alasan berdepan kekangan ekonomi hingga menyebabkan dia terpaksa melakukan aktiviti penyelewengan petrol itu," katanya tadi.

Dalam Ops Khas Pencegahan Ketirisan Barang Kawalan di sempadan negara yang dilakukan, Azman mengesan pergerakan banyak kenderaan yang membuat pengisian secara berulangkali di beberapa stesen minyak sekitar Tumpat.

Beliau berkata, hasil risikan dibuat, penyeludup membuat pembayaran sekitar RM30 hingga RM50 untuk sekali transaksi pengisian petrol.

"Barang kawalan yang dikumpul itu kemudiannya dibawa ke pengkalan haram untuk diselewengkan dan diseludup.

"Dalam operasi semalam (kelmarin), kita turut merampas 250 liter petrol di dua lokasi dan seorang lelaki berusia 33 tahun dipercayai penyeludup ditahan.

"Dua kereta Proton Iswara dan Perodua Kenari yang mempunyai tangki ubah suai turut disita dan kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ncu-sindiket-petrol

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 07:05 PM GMT+8 , Processed in 0.095419 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list