|
Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun (dua kanan) bersama pegawainya menunjukkan rampasan pelbagai jenis dadah termasuk pil yaba membabitkan nilai keseluruhan lebih RM378,000 menerusi Operasi Tapis Bersepadu dan Operasi Tapis Khas pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Kelantan. - Foto NIK ABDULLAH NIK OMAR
KOTA BHARU: Empat penjawat awam terdiri daripada seorang pegawai penjara, dua anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan seorang kakitangan kesihatan daerah antara 978 individu yang ditahan berkaitan dadah.
Tangkapan berkenaan dibuat menerusi Operasi Tapis Bersepadu dan Operasi Tapis Khas itu di seluruh Kelantan sejak 1 Mac sehingga semalam.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun, berkata menerusi tangkapan berkenaan juga pihaknya merampas pelbagai jenis dadah termasuk pil yaba membabitkan nilai keseluruhan lebih RM378,000.
Katanya, semua suspek yang ditahan berusia 15 hingga 91 tahun membabitkan empat penjawat awam, 884 warga tempatan, 94 warga asing dan seorang pelajar sekolah iaitu pelajar Tingkatan Empat.
"Empat penjawat awam terdiri daripada dua anggota JPJ, seorang pegawai penjara dan seorang kakitangan jabatan kesihatan daerah.
"Tangkapan membabitkan penjawat awam dilakukan di Machang, Pasir Mas dan Gua Musang.
"Semua suspek yang ditahan atas pelbagai kesalahan mengikut Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Akta Racun 1952," katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Muhamad Zaki berkata, pihaknya turut menyita kenderaan, barang kemas dan wang membabitkan nilai keseluruhan lebih RM72,000.
"Jumlah dadah yang dirampas itu sekiranya berjaya diedarkan, boleh digunakan seramai 34,290 orang penagih," katanya.
Ketika ditanya mengenai tahap keseriusan dadah serta ketum di kalangan penjawat awam, Muhamad Zaki menyifatkan mana-mana penjawat awam yang terbabit dengan dadah dianggap serius.
"Setiap kali Ops Tapis dilakukan, sentiasa ada tangkapan membabitkan penjawat awam. Namun ini tangkapan pertama membabitkan pelajar sekolah dan pelajar berkenaan juga positif dadah jenis amphetamine," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... antara-978-individu |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|