View: 5665|Reply: 0
|
[Terengganu]
Jemaah pulang berkaki ayam, selipar dicuri sewaktu solat tarawih
[Copy link]
|
|
Sebahagian jemaah baru selesai bersolat sunat tarawih yang terpaksa berkaki ayam selepas selipar mereka didakwa dicuri di sebuah masjid di Dungun malam tadi.
DUNGUN – Beberapa jemaah sebuah masjid di bandar Dungun di sini terpaksa pulang ‘berkaki ayam’ setelah selipar mereka hilang dipercayai dicuri sewaktu menunaikan solat sunat tarawih pertama malam tadi.
Salah seorang mangsa, Khairi Ridzman, 24, mendakwa, dia menyedari seliparnya yang diletakkan di luar pintu masjid hilang setelah selesai menunaikan solat tarawih pada pukul 9.30 malam.
Dia yang menetap di Kampung Balai Besar di sini pada mulanya menyangka kanak-kanak bermain dan menyorokkan seliparnya ke tempat lain.
“Puas saya pusing masjid mencari tetapi tidak jumpa. Rupa-rupanya ramai lagi jemaah lain yang senasib kehilangan selipar.
“Malam tadi kami terpaksa pulang ke rumah dengan ‘berkaki ayam’,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.
Terdahulu, Khairi memuat naik status di laman sebuah kumpulan Facebook yang mendapat pelbagai reaksi netizen termasuk yang turut berkongsi pengalaman sama kehilangan selipar.
Khairi kesal sikap individu tidak bertanggungjawab mencuri selipar di masjid seakan tidak menghormati kemuliaan ketibaan bulan Ramadan.
Begitupun, kes kecurian tersebut tidak mematahkan semangatnya untuk melipat ganda ibadah dengan mengunjungi masjid sepanjang bulan puasa ini. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/03 ... aktu-solat-tarawih/ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|