View: 9400|Reply: 0
|
[Perlis]
Zakat fitrah di Perlis RM7
[Copy link]
|
|
![](https://assets.bharian.com.my/images/articles/BHTUNAIZAKAT_%283%29_1710117996.jpg)
Kadar zakat fitrah di Perlis adalah RM7 dan RM10 bagi yang makan beras import. - Foto hiasan BERNAMA
PADANG BESAR: Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) menetapkan bayaran zakat fitrah di negeri ini kekal dengan kadar RM7.
Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor berkata kadar itu sudah diperkenankan oleh Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail.
"Kadar zakat fitrah negeri Perlis pada Ramadan tahun ini adalah sebanyak RM 7 bagi yang menggunakan beras tempatan dan yang menggunakan beras import RM10.
"Selain itu, bagi umat Islam yang menunaikan zakat fitrah dengan beras, maka kadar pengeluarannya adalah sebanyak satu gantang Nabawi seorang yang bersamaan 2.6 kilogram," katanya dalam kenyataan hari ini.
https://www.bharian.com.my/berit ... itrah-di-perlis-rm7 |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|