CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3202|Reply: 0

[Pulau Pinang] JIM Pulau Pinang sasar majikan gaji pekerja asing tanpa permit

[Copy link]
Post time 6-3-2024 06:45 PM | Show all posts |Read mode
JIM Pulau Pinang sasar majikan gaji pekerja asing tanpa permit


BERNAMA



GAMBAR hiasan



Butterworth: Jabatan Imigresen Pulau Pinang akan memperhebat aktiviti penguatkuasaan tahun ini dengan menyasarkan majikan yang menggajikan pekerja asing tanpa dokumen sah.

Pengarah Imigresen Pulau Pinang Nur Zulfa Ibrahim berkata hal ini kerana ramai dalam kalangan majikan yang sengaja tidak memohon mendapatkan permit sah atau melengahkan permohonan memperbaharui pas untuk pekerja warga asing yang digaji.

"Antara alasan yang kerap diberikan (majikan) adalah terlepas pandang, sibuk dan tidak sempat untuk memohon atau memperbaharui pas ketika pemeriksaan dilakukan oleh anggota penguat kuasa.

"Malah, ada juga yang beri alasan kononnya tidak tahu kaedah untuk mendapatkan pas pekerja asing," katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi ramah mesra bersama pengamal media di Jabatan Imigresen Pulau Pinang di Seberang Jaya, di sini hari ini.

Nur Zulfa berkata tahun lalu sebanyak 42 majikan dikenakan tindakan kerana menggaji pekerja warga asing tanpa permit sah manakala untuk tahun ini setakat semalam, sebanyak lapan majikan telah diambil tindakan.

Beliau berkata pihaknya tidak akan berkompromi dan tindakan tegas akan dikenakan terhadap mana-mana majikan yang menggajikan pekerja asing tanpa dokumen perjalanan dan pas atau permit kerja yang sah.

Tegasnya, operasi penguatkuasaan juga akan diteruskan bagi mengesan dan mengambil tindakan terhadap pendatang asing tanpa izin (Pati) yang melanggar undang-undang di bawah Akta Imigresen 1959/63, bagi membanteras kebanjiran Pati.

"Sepanjang 2023, seramai 2,696 warga asing telah diperiksa dan 584 daripada mereka ditangkap atas pelbagai kesalahan Imigresen manakala setakat semalam seramai 116 ditahan daripada 605 yang diperiksa.

"Majoriti pendatang asing yang ditahan ini ialah warga negara Bangladesh, Indonesia dan Myanmar yang kebanyakannya bekerja dalam sektor pengilangan dan pembinaan," katanya.

Beliau berkata pihaknya turut menyasarkan untuk melaksanakan sekurang-kurangnya 800 operasi penguatkuasaan tahun ini berbanding 435 operasi pada tahun lepas, selain menggalakkan warga asing mendaftar dengan Program Repatriasi Migran.

Program itu katanya memberi peluang untuk mereka pulang ke negara asal dengan pengecualian pendakwaan di mahkamah bermula 1 Mac hingga 31 Disember ini.



Disiarkan pada: Mac 6, 2024 @ 6:38pm








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-2-2025 09:13 PM GMT+8 , Processed in 0.072027 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list