RAJA Zarith Sofiah berkenan beramah mesra dengan kanak-kanak selepas menyempurnakan perasmian Perpustakaan Kontena Bangsa Johor Bahagia (BJB) Kangkar Pulai Johor Bahru, hari ini. FOTO Bernama Johor Bahru: Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah berkenan merasmikan Perpustakaan Kontena Bangsa Johor Bahagia (BJB) di Kangkar Pulai di sini hari ini.
Menerusi hantaran yang dimuat naik di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Seri Paduka Baginda menzahirkan harapan agar inisiatif berkenaan dapat diperluaskan ke kawasan lain.
"Saya harap dapat mengembangkan inisiatif perpustakaan kontena ini ke rumah pangsa kos rendah di Kuala Lumpur serta kawasan lain di Malaysia agar memupuk tabiat membaca bahan-bahan yang bermanfaat dalam masyarakat," titah Raja Zarith Sofiah.
Turut berangkat ke majlis berkenaan Che' Puan Mahkota Khaleeda Johor.
|