CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2130|Reply: 0

[Kedah] Lans Koperal berdepan 24 pertuduhan rasuah

[Copy link]
Post time 5-3-2024 05:27 PM | Show all posts |Read mode

Mohd. Azlan (tengah) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Alor Setar hari ini atas 24 pertuduhan rasuah bernilai RM9,600.

ALOR SETAR – Seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal berdepan 24 pertuduhan rasuah bernilai RM9,600 di Mahkamah Sesyen di sini hari ini bagi kesalahan yang dilakukan pada 2017 dan 2018.

Tertuduh, Mohd. Azlan Iswan, 35, mengaku tidak bersalah terhadap kesemua pertuduhan tersebut yang dibacakan di hadapan Hakim N. Priscilla Hemamalini.

Mengikut pertuduhan, anggota yang bertugas di Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sik itu didakwa menerima wang RM400 melalui 24 transaksi di sebuah bank di Sungai Petani, dekat sini.

Wang berkenaan diterima daripada seorang penyelia sebuah syarikat melalui akaun simpanan milik tertuduh dari 3 Januari 2017 hingga 4 Disember 2018.

Dia didakwa dalam keadaan mengetahui syarikat terbabit mempunyai hubungan dengan kerja rasminya melibatkan penugasan penguatkuasaan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 terhadap lori-lori milik syarikat itu.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Noor Azura Zulkiflee dan Afiqa Liyana Rozman mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan.

Jika disabitkan kesalahan, tertuduh boleh dipenjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Pihak pendakwaan menawarkan jaminan sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin dan perlu melapor diri ke pejabat SPRM terdekat pada setiap bulan.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon dikenakan jaminan paling rendah kerana sedang menanggung kedua ibu bapa dan seorang adik selain hanya berpendapatan kira-kira RM1,000 setelah ditolak komitmen bulanan.

Priscilla Hemamalini menetapkan jaminan sebanyak RM8,000 dengan seorang penjamin dan membenarkan syarat tambahan yang dikemukakan.

Tarikh sebutan semula ditetapkan pada 2 April ini bagi serahan dokumen dan lantikan peguam. Tertuduh membayar jaminan berkenaan. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/03 ... -pertuduhan-rasuah/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-2-2025 09:30 PM GMT+8 , Processed in 0.263446 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list