CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5666|Reply: 0

[Kedah] Magis Langkawi kembali

[Copy link]
Post time 5-3-2024 12:46 PM | Show all posts |Read mode

Gambar hiasan.

ALOR SETAR – Magis Langkawi sebagai pulau pelancongan negara kembali selepas kemurungan ekonomi akibat pandemik Covid-19 pada 2020 ekoran peningkatan kehadiran pelancongnya sejak 2022.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Keusahawanan negeri, Datuk Mohd. Salleh Saidin berkata, berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan Langkawi (Lada) kedatangan pelawat adalah sebanyak 2.8 juta pada 2023 berbanding 2.6 juta (2022), 1.1 juta (2021), 1.8 juta (2020) dan 3.9 juta (2019).

“Selain itu untuk rekod, statistik sehingga 31 Januari menunjukkan Langkawi menerima 206,443 pelawat, iaitu 94 peratus daripada 220,000 orang yang disasarkan dan kita yakin Tahun Melawat Kedah (TMK) 2025 akan melonjakkan lagi jumlah kehadiran itu.

“Tetapi tidak ada sesiapa yang berpeluk tubuh dalam berdepan dengan ujian besar itu sebab itulah sebaik sahaja pintu sempadan mula dibuka, kerajaan negeri, Lada dan tentunya juga Motac (Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya) serta semua pemain industri di Langkawi bekerja keras untuk mengembalikan jumlah pelancong ke Langkawi,” katanya.

Beliau berkata demikian menjawab soalan daripada Loh Wei Chai (PKR-Bakar Arang) pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah di Wisma Darul Aman di sini hari ini.

Terdahulu Wei Chai mewakili blok pembangkang meminta kerajaan negeri menjelaskan apakah strategi dan inisiatif yang dilaksanakan untuk mengembalikan jumlah pelancong ke Langkawi ke tahap sebelum pandemik.

Menurut Mohd. Salleh, bersandarkan kepada rekod dan momentum tersebut kerajaan negeri yakin sasaran 3 juta pengunjung ke Langkawi pada tahun ini akan tercapai. – KOSMO! ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2024/03/05/magis-langkawi-kembali/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-6-2024 12:38 AM GMT+8 , Processed in 0.056269 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list