CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7024|Reply: 0

[Johor] Pemandu maut selepas diserang sawan hingga MPV terbalik

[Copy link]
Post time 4-3-2024 04:15 PM | Show all posts |Read mode

Keadaan Toyota Alphard terbalik selepas pemandunya diserang sawan. FOTO Ihsan PDRM

Batu Pahat: Seorang lelaki maut manakala enam, termasuk seorang bayi cedera, apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Alphard terbabas dan terbalik selepas pemandunya diserang sawan, dalam kemalangan di Kilometer 112.6, Lebuhraya Utara-Selatan, dekat Yong Peng, malam tadi.

Kemalangan dipercayai berlaku jam 8 malam menyebabkan pemandunya, Ng Chee Keong, 40, maut di lokasi akibat tersepit di tempat duduk pemandu.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, kemalangan itu berlaku ketika keluarga terbabit menaiki Toyota Alphard, dalam perjalanan pulang dari Genting Highlands ke rumah mereka di Endau, Mersing.

Beliau berkata, tiba di lokasi, pemandunya dikatakan diserang sawan menyebabkan MPV dipandunya terbabas ke bahu jalan lalu terbalik.

"Insiden itu mengakibatkan pemandunya maut di tempat kejadian akibat parah di kepala dan badan.

"Enam penumpang termasuk isterinya berusia 31 tahun, ibu mentua berumur 55 tahun serta empat anaknya berusia tujuh bulan hingga 14 tahun, cedera ringan dan dirawat di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI).

"Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... hingga-mpv-terbalik

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 06:14 PM GMT+8 , Processed in 0.056443 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list