|
APM membantu memindahkan pesakit lelaki yang menghidap masalah obesiti dari Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) Seremban ke rumahnya di Taman Ixora, Senawang, petang semalam. -IHSAN APM
SEREMBAN – Khidmat sepasukan anggota dari Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) terpaksa dipanggil bagi membantu memindahkan seorang pesakit lelaki yang menghidap masalah obesiti dari Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) Seremban ke rumahnya di Taman Ixora, Senawang, petang semalam.
Jurucakap APM berkata, seramai enam anggotanya membantu memindahkan individu berusia 31 tahun yang memiliki berat badan 230 kilogram itu sejurus menerima panggilan daripada petugas HTJ pada pukul 4.42 petang.
“Panggilan itu menyatakan terdapat satu kes khidmat khas membawa seorang pesakit obesiti pulang ke rumahnya di Taman Ixora, Senawang.
“Pada pukul 5.11 petang seramai enam anggota APM Seremban telah digerakkan ke hospital,” katanya kepada pemberita, di sini, malam tadi.-KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/03 ... ar-pulang-ke-rumah/ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|