|
NUR Munirah (bertudung) dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Batu Pahat selepas dipenjara sebulan kerana memiliki harta curi. FOTO Alias Abd Rani
Batu Pahat: "Saya nak bebas...nak balik rumah." Demikian rayuan seorang wanita yang dijatuhi hukuman penjara sebulan selepas didapati bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas pertuduhan memiliki harta curi termasuk 'merembat' dompet dalam dua kejadian berasingan, bulan ini.
Nur Munirah Azwa Muhamad Rapi, 20, yang berhadapan dua pertuduhan mengikut Seksyen 414 dan Seksyen 380 Kanun Keseksaan terlebih dulu mengaku bersalah selepas pertuduhan dibaca berasingan di hadapan Majistret Suhaila Shafi'uddin.
Mengikut pertuduhan, dia didakwa memindahkan harta curi berupa telefon bimbit milik seorang wanita berusia 25 tahun sebelum dijual di sebuah kedai telefon di Jalan Besar, Rengit sini, pada jam 5 petang, 8 Februari lalu.
Bagi pertuduhan ini, dia didakwa melakukan kesalahan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 414 Kanun Keseksaan, penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya.
Pertuduhan kedua pula, dia didakwa mencuri dalam bangunan iaitu dompet mengandungi wang tunai milik wanita berusia 34 tahun di Jalan Idrus, di sini, pada jam 8.30 pagi, 21 Februari ini.
Untuk kesalahan ini, dia boleh dihukum mengikut Seksyen 380 kanun sama, yakni penjara selama 10 tahun dan denda manakala kesalahan kedua, boleh dipenjara dan hendaklah juga dikenakan denda serta sebatan.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Farah Wahidah Mohd Sharip manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Terdahulu pihak pendakwaan memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada tertuduh dan juga orang lain.
Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman penjara sebulan bagi pertuduhan pertama dan kedua serta mengarahkan ia dijalankan bermula dari tarikh tertuduh ditahan 21 Februari lalu.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ebasnak-balik-rumah |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|