CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5145|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Raisha 'selamba' layan siakap

[Copy link]
Post time 21-2-2024 09:33 AM | Show all posts |Read mode

RAISHA Nur Azrein minat memancing sejak berusia lima tahun dan aksinya menaikkan ikan siakap di sebuah kolam memancing mendapat pujian netizen di TikTok. Foto Ihsan Nurain Badrul Hisam

Lukut: Usia Raisha Nur Azrein Azair baru lapan tahun, namun kemahiran mengendalikan joran seperti orang dewasa dengan aksi bersahaja sehingga memukau netizen yang mengagumi kemampuan kanak-kanak perempuan itu.

Video Raisha Nur Azrein yang tidak kekok menarik joran ketika memancing di sebuah kolam ikan meraih 2.1 juta tontonan di TikTok dan lebih 2,000 komen yang memuji kemahiran memancingnya di usia muda.

Raisha berjaya menaikkan ikan siakap seberat 1.95 kilogram (kg) yang mengambil masa hanya lebih seminit ketika memancing bersama ibu bapa, Azair Mat Tahir, 38, dan Nurain Badrul Hisam, 38, serta abangnya, Rizq Mikhail, 11.

Menurutnya, minat memancingnya bermula selepas selalu mengikuti keluarga melakukan aktiviti dan mengakui gembira apabila berjaya mendaratkan ikan dengan kudrat sendiri.



"Saya paling suka memancing di kolam serta ikan paling besar yang saya pernah dapat ialah ikan patin seberat 5kg yang saya sendiri kawal dan tarik joran.

"Saya suka ikan siakap serta bawal dan selalu juga dapat dua jenis ikan itu. Kemahiran memancing saya belajar daripada ayah sejak belum sekolah lagi," katanya yang menetap, di sini.

Sementara itu, Nurain berkata, anak bongsu daripada dua beradik itu didedahkan dengan aktiviti memancing di sungai dan kolam sejak berusia lima tahun.

Menurutnya, ini kerana aktiviti memancing menjadi hobi keluarganya untuk meluangkan masa bersama apabila cuti hujung minggu.

Katanya, suami banyak menurunkan ilmu memancing seperti teknik yang betul, cara melontar dan menarik joran selain dua anak mereka juga menonton video memancing untuk 'mengasah' kemahiran aktiviti itu.

"Raisha dan abangnya mengambil masa kurang setahun untuk mahir memancing. Aktiviti ini bukan saja dapat meluangkan masa bersama, tetapi secara tidak langsung membantu mendidik anak menjadi lebih penyabar.

"Pada mulanya anak kurang sabar apabila terpaksa menunggu lama dan bosan menjaga jorannya, tetapi sekarang menjadi lebih penyabar dan tidak bosan menunggu umpannya dimakan walaupun dari pagi hingga tengah hari," katanya.

Katanya, dia terkejut apabila video anaknya memancing mendapat perhatian netizen selepas dikongsi di akaun TikTok kolam memancing itu, namun berterima kasih dengan pujian ramai untuk anaknya.
https://www.hmetro.com.my/utama/ ... elamba-layan-siakap

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 10:06 PM GMT+8 , Processed in 0.106556 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list