|
Edited by mattzzx at 21-2-2024 08:43 AM
Kuala Lumpur: Penyerang skuad Harimau Malaya, Romel Morales sah diumumkan sebagai tonggak baharu Johor Darul Ta'zim (JDT) menerusi satu video pengenalan pemain naturalisasi itu di laman sosial Johor Southern Tigers (JDT), sebentar tadi.
Namun pengenalan Morales dalam video berdurasi 42 saat itu tampak mengundang kontroversi apabila dia membuang dua biji lada benggala yang berwarna merah dan kuning ke dalam tong sampah.
Tidak difahami apa maksud dan manfaat di sebalik video itu yang seharusnya tampil lebih profesional.
Malah timbul persoalan adakah simbolik lada benggala merah dan kuning itu ditujukan kepada Selangor FC tidak dapat dipastikan. Malah, makanan yang baharu dimasak dibuang begitu sahaja yang menggambarkan pembaziran.
Begitupun, pengumuman itu menamatkan teka teki hala tuju Morales selepas dia memutuskan untuk meninggalkan Kuala Lumpur City FC (KL City) selepas beraksi buat kelab itu selama tiga musim.
Sepanjang beraksi buat The City Boys, Morales dianggap tulang belakang kepada kebangkitan pasukan itu apabila membantu KL City muncul juara Piala Malaysia pada 2021, naib juara Piala AFC 2022 dan naib juara Piala FA musim lalu.
Kehadiran pemain kelahiran Colombia itu bakal menambah sengat jentera JDT dan dia akan bersaing dengan penyerang import lain seperti Bergson da Silva, Fernando Forestieri dan Heberty.
MORALES ketika diperkenalkan dalam video pengenalan pemain naturalisasi itu di laman sosial Johor Southern Tigers (JDT). FOTO Johor Southern Tigers
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... rales-sah-milik-jdt
|
|