CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6611|Reply: 0

[Perak] Jentuai enggan masuk sawah, pesawah terpaksa bakar padi

[Copy link]
Post time 20-2-2024 01:21 PM | Show all posts |Read mode

ANTARA padi yang dibakar pesawah di Kuala Kurau. FOTO Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi

Bagan Serai: Lebih 20 pesawah di Kuala Kurau, di sini, terpaksa 'berputih mata' melihat hasil tanaman mereka mereput dan tidak dapat dituai.

Keadaan itu disebabkan jentuai milik swasta enggan memasuki kawasan itu akibat tanah jerlus yang membuatkan jentera sering terbenam dan mereka terpaksa menanggung kerugian.

Akibat situasi itu, ada pesawah terpaksa membakar padi mereka kerana sudah reput dan tidak sesuai lagi dituai.

Pesawah, Anuar Rosli, 34, berkata, dianggarkan lebih 20 pesawah terpaksa melihat hasil tanaman mereput.



Dia mendakwa, jentuai yang sebelum ini digunakan 'lari' akibat tidak tahan dengan keadaan tanah jerlus.

"Pemilik jentera mendakwa mereka tidak mencapai sasaran tan metrik yang dimahukan dan menanggung kerugian.

"Justeru mereka memaklumkan terpaksa keluar dari kawasan ini dan pergi ke negeri utara kerana di sana juga padi mula masak dan tanah lebih keras berbanding di sini.

"Kami tiada pilihan selain terpaksa melihat padi mereput dan tidak sesuai untuk dituai secara manual," katanya ditemui selepas menerima bantuan Back To School Yayasan Pelajaran Mara dan Yayasan Bina Upaya Perak di Dewan Komuniti Bagan Serai di sini, hari ini.

Menurutnya, perkara itu sudah berlaku dua musim berturut-turut dan kerajaan perlu bertindak segera bagi memastikan tanah di sini khususnya di Kerian Laut pulih.

Anuar berkata, pihak berkaitan perlu mencari alternatif lain pada musim akan datang kerana pesawah bimbang tiada mesin jentuai yang mahu datang akibat faktor tanah jerlus.

Sementara itu, Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Perak, Datuk Sham Mat Sahat berkata, pesawah tidak perlu khuatir kerana LPP akan membeli beberapa jentuai padi yang lebih ringan bagi membolehkan padi dituai di kawasan tanah jerlus seperti di Kerian Laut.

Beliau berkata, terdapat tiga kawasan di Perak yang membekalkan jentera namun kesemuanya adalah jentera lama dan berat.

"Jentera lama ini masih lagi digunakan di beberapa kawasan yang sesuai.

"Namun kita akan membeli beberapa jentera lebih ringan supaya dapat memasuki kawasan tanah jerlus dan menuai padi," katanya.

Terdahulu media melaporkan pesawah di Kerian Laut derita apabila tanah sawah sekali lagi jerlus dan menyebabkan banyak sawah padi tidak dapat dituai.

Pesawah terpaksa menanggung kerugian dua musim berturut-turut sehingga terpaksa berhutang dengan pembeli padi.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... terpaksa-bakar-padi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-5-2024 03:45 AM GMT+8 , Processed in 0.058498 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list