CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9935|Reply: 0

[Pulau Pinang] Pencemaran 2 sungai di Kedah akibat ladang itik, bukannya babi

[Copy link]
Post time 19-2-2024 04:06 PM | Show all posts |Read mode

Fahmi (kanan) diiringi Dr Saira Banu melihat air parit yang tercemar mengalir ke sungai ketika melakukan pemeriksaan di ladang ternakan khinzir dan itik di perkampungan Sungai Lembu hari ini. NSTP/DANIAL SAAD

BUKIT MERTAJAM: Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Pulau Pinang mendedahkan sisa buangan yang dikesan mencemarkan dua sungai di Kedah berpunca daripada ladang itik di Sungai Lembu, di sini, dan bukannya ternakan babi seperti dilaporkan.

Ia berdasarkan hasil siasatan dijalankan bersama Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Majlis Bandaraya Seberang Perai ( MBSP), hari ini.

Pengerusi Agroteknologi, Keterjaminan Makanan dan Pembangunan Koperasi negeri, Fahmi Zainol, berkata beliau bersama semua agensi berkaitan pada mulanya menjalankan siasatan ke atas ladang babi yang dimaksudkan.

Bagaimanapun, katanya, siasatan mendapati pencemaran yang berlaku di dua sungai di Kedah itu sebenarnya bukan berpunca daripada ladang babi terbabit, sebaliknya disebabkan ternakan itik yang terletak bersebelahan.



"Kita mendapati memang ada pelepasan terus daripada ladang itik terbabit yang terus (masuk) ke Sungai Air Merah dan juga menerusi Sungai Kulim," katanya kepada media di sini, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan JAS Kedah mengesan berlaku kegiatan melepaskan sisa ternakan babi disyaki daripada ladang perkampungan Sungai Lembu, Seberang Perai Tengah (SPT), Pulau Pinang yang menyebabkan pencemaran Sungai Kulim dan Sungai Air Merah.

Pengarah JAS Kedah, Sharifah Zakiah Syed Sahab dilaporkan berkata, pihaknya menerima maklumat berkaitan pencemaran itu pada Jumaat lalu, sebelum pegawai penyiasat JAS Cawangan Kulim digerakkan bagi mengesan punca kejadian.

Katanya, pemeriksaan di lapangan yang dilakukan pegawai penyiasat membabitkan kawasan hulu sungai berjaya mengesan aliran air hitam dari Sungai Air Merah masuk ke Sungai Kulim.

Fahmi berkata, walaupun keadaan itu mencemarkan alam sekitar, namun orang ramai tidak perlu bimbang memandangkan ia tidak memberi kesan kepada sumber air yang dirawat di kedua-dua negeri iaitu Pulau Pinang dan Kedah.

"Isu ini tidak memberi kesan secara langsung kepada air yang dirawat oleh Perbadanan Bekalan Air (PBA) yang (loji air terawat) terletak jauh 14 kilometer (km) dari lokasi ini.

"Pelepasan sisa ini didapati masuk ke Sungai Air Merah dan hanya melintasi garis sempadan negeri Kedah dan Pulau Pinang serta masuk semula ke Pulau Pinang," katanya.

Sementara itu, Pengarah JPV negeri, Dr Saira Banu Mohamed Rejab berkata, siasatan mendapati ladang itik itu beroperasi sejak 15 tahun lalu dan tidak memperoleh lesen menternak.

"Kita (JPV) akan mengambil tindakan seterusnya (bagi mengatasi isu ini). Ada kemungkinan pemilik perlu pindahkan 100,000 ekor itik mereka.

"Apa yang penting, dia (pemilik) perlu betulkan (sistem) kumbahan dan tidak meneruskan aktiviti pelepasan buangan secara terus ke dalam parit ataupun sungai," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... -itik-bukannya-babi

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-6-2024 11:44 AM GMT+8 , Processed in 0.101880 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list