CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5939|Reply: 0

[Kedah] Usah jadikan industri pelancongan Langkawi medan pertembungan politik

[Copy link]
Post time 19-2-2024 12:41 PM | Show all posts |Read mode

Pulau Langkawi

LANGKAWI: Pertubuhan Sepakat Langkawi (Sepakat Langkawi) kesal dengan kenyataan dikeluarkan Datuk Seri Tiong King Sing kelmarin, yang mendakwa pulau itu semakin hilang tarikan pelancong.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya itu dikatakan bersikap pesimis apabila menyatakan pelaburan besar yang dibuat kerajaan tidak berbaloi apabila pulau itu mencatat jumlah kedatangan pelancong yang rendah.

Presiden Sepakat Langkawi, Muhammad Alif Aiman Azman, berkata kenyataan King Sing itu menyebabkan 'kecederaan' yang dialami sektor pelancongan pasca COVID-19 di pulau itu menjadi semakin parah.

"Kenyataan menteri yang membayangkan kejatuhan industri pelancongan Langkawi atas beberapa faktor, terutama dakwaan berkaitan tegahan agama oleh pihak berkuasa tempatan, terbukti salah.



"Dakwaan berulang seperti itu secara langsung boleh mencederakan reputasi industri pelancongan yang kini berhempas pulas untuk bangkit, selain ia boleh meruntuhkan keyakinan pelabur terhadap pulau ini," katanya dalam kenyataan hari ini.

Muhammad Alif Aiman berkata, susulan itu pihaknya merayu menteri terbabit tidak terus menjadikan pulau berkenaan sebagai medan menyemarakkan 'pertembungan politik' antara Kerajaan Persekutuan dan negeri.

"Komen bersifat pesimis dan naratif negatif terhadap pulau ini perlu dielak pemimpin politik di peringkat Pusat kerana ia hanya membawa kepada penciptaan imej buruk, sekali gus meranapkan industri pelancongan tempatan.

"Situasi yang berlaku sekarang ibarat, 'gajah bertembung gajah, pelanduk yang mati tersepit' dan langsung tidak membawa manfaat serta kebaikan kerana 90 peratus ekonomi pulau ini bergantung kepada sektor pelancongan," katanya.

Kelmarin, portal berita berbahasa Inggeris melaporkan King Sing sebagai berkata, Langkawi hilang kilauan dan tidak lagi menjadi destinasi pilihan utama percutian dalam kalangan pelancong.

Menteri itu dilaporkan berkata, keadaan berbeza berbanding masa lalu, apabila pelancong mempunyai pilihan terhad, tetapi kini pelancong mempunyai pilihan memilih destinasi percutian hasil promosi di media sosial
https://www.bharian.com.my/berit ... -medan-pertembungan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-6-2024 01:47 PM GMT+8 , Processed in 0.056179 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list