|
Ibu Bella, Noraini Salleh (kiri) bersama Ayu sedih apabila bercakap mengenai anaknya ketika ditemui di luar Kompleks Mahkamah Batu Pahat, hari ini. - Foto NSTP/ Alias Abd Rani
BATU PAHAT: "Dengan kudrat yang ada, Insya Allah, saya mampu jaga kedua-dua anak Bella.
"Cuma bila lihat wajah mereka, saya teringat Bella," kata Noraini Salleh, 55, ketika ditanya mengenai hak penjagaan cucunya, Eusof Abdul Fatah, 4, dan Maream Isabel, 2.
Noraini yang juga ibu kepada Bella atau Mila Sharmila Samsusah, 32, yang dibunuh pada Disember lalu, berkata dia bersama anaknya, Norhisham, 36, sedia menggalas tanggungjawab menjaga dua beradik itu sejak kehilangan ibunya.
"Itu harta peninggalan arwah yang kami ada. Kadang-kala saya jaga...ada juga Ayu jaga (nama panggilan Norhisham). Mereka di bawah jagaan kami buat masa sekarang.
"Kami akan pastikan anak Bella mendapat penjagaan sebaik-baiknya. Cuma saya tidak boleh tatap wajah mereka saya akan sedih, menangis mengenangkan Bella.
"Buat masa sekarang saya perlu kuat untuk berhadapan dengan situasi getir kami sekeluarga hadapi," katanya ketika ditemui di luar Kompleks Mahkamah Batu Pahat, selepas sebutan semula kes pembunuhan Bella di sini, hari ini.
Noraini yang ditemani beberapa ahli keluarga lain dilihat tenang sebaik menjejak kaki ke mahkamah bagi pendengaran kes berkenaan.
Walaupun perit menerima hakikat atas pemergiaan anak bongsunya daripada dua beradik itu, beliau berharap diberi kekuatan untuk menempuhnya.
"Ibu mana tidak rindukan anak, tapi itulah hakikat yang saya lalui. Lebih-Lebih lagi apabila melihat telatah dua cucu saya (anak Bella)," katanya.
Sementara itu, Ayu memberitahu, anak sulung Bella, Eusof sudah memahami bahawa ibu mereka sudah tiada lagi.
Menurutnya, apabila dia sekeluarga bercakap mengenai Bella, Eusof akan memberitahu ibunya sudah meninggal.
"Cuma anak bongsu Bella, Maream belum memahami keadaan sebenar mereka hadapi ketika ini. Namun kami bersedia memberitahu perkara sebenar apabila dia besar nanti," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... -teringat-bella-ibu |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|