CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6953|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Selamat tinggal 'rumah sardin'

[Copy link]
Post time 17-2-2024 04:51 PM | Show all posts |Read mode

Majlis Penyerahan Program Perumahan Masyarakat Setempat (PPMS) kepada keluarga Yusnita Baharuddin, 43, disempurnakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota, Suhaimi Aini dan turut dihadiri Pegawai Daerah Rembau, Zamri Mohd Esa di PPMS Seri Kendong, di sini, hari ini. FOTO Ahmad Hasbi

Rembau: Selepas sembilan tahun mendiami rumah sewa uzur dan sempit, sembilan beranak kini lega selepas mendapat kediaman baharu yang lebih selesa menerusi Program Perumahan Masyarakat Setempat (PPMS).

Difahamkan,Yusnita Baharuddin, 43, menyewa rumah di Kampung Kendong, di sini, yang hanya mempunyai satu bilik.

Ini memaksa dia memasang tirai bagi mengasingkan anak lelaki dan perempuan berusia dari setahun, lapan, 15, 17, 20 dan 21 tahun.

Yusnita berkata, apa yang membuatkannya lebih terharu, apabila dia sekeluarga dapat menyambut Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri tahun ini di rumah baharu dengan lebih ceria.



"Dengan pendapatan saya sebagai pembantu kedai makan manakala suami sebagai tukang cuci, kami sukar memperolehi kediman selesa. Ditambah dengan kos harian dan perbelanjaan lapan anak.

"Rumah itu hanya ada satu bilik dan dikongsi dengan enam anak. Saya memasang tirai bagi mengasingkan anak lelaki dan perempuan, manakala dua anak lagi tinggal dengan abang saya di rumah di kampung ini juga," katanya ketika ditemui.

Majlis Penyerahan disempurnakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota, Suhaimi Aini dan turut dihadiri Pegawai Daerah Rembau, Zamri Mohd Esa.

Tambahnya, dia sangat berterima kasih kepada yang pihak yang berusaha mendapatkan kediaman baharu ini kepada keluarganya.

Sementara itu, Suhaimi berkata, penghuni asal rumah PPMS ini sudah meninggal dunia dan sudah kosong sebelum ia dibaik pulih dan pihak Pejabat Tanah dan Daerah Rembau memutuskan untuk menempatkan keluarga yang layak.

"Rumah PPMS Seri Kendong ini milik kerajaan dan penghuni yang layak tidak perlu membayar apa-apa sewa. Apabila mereka sudah mampu kelak, keluarga boleh keluar dan digantikan dengan peserta lain," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... inggal-rumah-sardin

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 12:20 AM GMT+8 , Processed in 0.290667 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list