View: 6680|Reply: 0
|
[Pulau Pinang]
Leka main 'Pai Gow', 12 ditahan
[Copy link]
|
|
GAMBAR hiasan
Balik Pulau: Polis menahan 12 lelaki yang sedang leka bermain judi menerusi Op Limau/Op Dadu di sebuah premis di Teluk Bahang malam tadi.
Ketua Polis Daerah Barat Daya Superintendan Kamarul Rizal Jenal berkata pihaknya turut merampas wang tunai berjumlah RM7,377 dipercayai hasil judi.
"Semasa serbuan, kesemua lelaki berusia 33 hingga 61 tahun itu sedang leka bermain judi jenis "pai gow."
"Siasatan mendapati mereka berjudi di situ sejak beberapa hari lepas," katanya ketika dihubungi Bernama.
Beliau berkata polis merampas sejumlah peralatan judi dan semua individu berkenaan direman untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 7(2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -pai-gow-12-ditahan |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|