|
GAMBAR HIASAN
Georgetown: Tiga anjing yang menyerang dan menggigit seorang wanita di Medan Terengganu, di sini, baru-baru ini sudah ditangkap Khamis lalu.
Ia ditangkap dalam operasi oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Pulau Pinang bersama Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP).
Pengarah JPV negeri, Dr Saira Banu Mohamed Rejab berkata, anjing itu kini dikuarantin selama 14 hari, untuk mengesan sama ada terdapat tanda penyakit rabies atau tidak.
Katanya, jika berpenyakit, sampel otak haiwan itu akan diambil untuk analisis dan sekiranya selamat, anjing itu boleh dikembalikan kepada pemiliknya.
"Bagaimanapun dalam kes ini, haiwan itu akan dikembalikan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) selepas tamat tempoh kuarantin kerana didapati tidak berlesen.
"Namun, sekiranya mangsa membuat laporan polis, haiwan terbabit akan dalam jagaan JPV sehingga kes selesai," katanya ketika dihubungi.
Media sebelum ini melaporkan Cheah Hean Hoon, 49, cedera tangan kanan, selain paha kiri dan kanan terkoyak selepas diserang anjing peliharaan jirannya, 8 Februari lalu.
Kakak ipar mangsa, Patricia Cheah, 52, ketika dihubungi berkata, ia menjadi kejadian ngeri kepada adiknya yang pulang dari Singapura bagi menyambut Tahun Baharu Cina di kampung.
Katanya, sehingga hari ini, adiknya yang bekerja sebagai akauntan tidak dapat berdiri atau duduk bagi tempoh lama, malah mereka menanggung kos perubatan berjumlah RM15,000.
"Pemilik anjing tidak pernah datang bertanya khabar apatah lagi bagi menjelaskan kos rawatan," katanya lagi.
Sementara itu, rumah perlindungan haiwan SPCA Pulau Pinang menerusi Pentadbirnya, Lily Leng berkata, mangsa boleh membawa kes itu ke mahkamah supaya pemilik menjelaskan kos rawatan.
"Orang ramai atau kejiranan boleh melaporkan masalah seumpamanya kepada PBT untuk tindakan dan jika pemilik tidak mempunyai lesen memelihara anjing, mereka boleh dikenakan denda," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... dikuarantin-14-hari |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|