CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12194|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Pesawah di Negeri Sembilan ditawar harga belian padi munasabah

[Copy link]
Post time 17-2-2024 10:11 AM | Show all posts |Read mode

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Keterjaminan Makanan dan Kos Sara Hidup negeri Datuk Seri Jalaluddin Alias (dua dari kanan) ketika melawat Pusat Pengumpulan Padi di Melang di sini. - Foto NSTP/ABNOR HAMIZAM ABD MANAP

KUALA PILAH: Biarpun bukan negeri pengeluar utama padi, kerajaan negeri tetap menawarkan harga munasabah bagi membeli padi daripada pesawah di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Keterjaminan Makanan dan Kos Sara Hidup negeri, Datuk Seri Jalaluddin Alias, berkata Kerajaan Negeri Sembilan melalui syarikat yang dilantik menawarkan harga belian padi di negeri ini pada harga RM1,600 per tan metrik.

Bagaimanapun, katanya harga berkenaan akan ditolak sebanyak 20 peratus sekiranya terdapat padi yang rosak, padi muda, tidak cukup masak, basah serta terdapat kekotoran dihantar ke pusat pengumpulan padi.






Jalaluddin (kiri) ketika melawat Pusat Pengumpulan Padi di Melang. - Foto NSTP/Abnor Hamizam Abd Manap

"Harga ditawarkan cukup cukup baik dan berharap semua pesawah dapat mengambil tanggungjawab bagi menghasilkan padi berkualiti.

"Kita ada 80 pesawah di seluruh negeri yang ketika ini terbabit mengusahakan padi seluas 750 hektar," katanya ditemui selepas melawat pusat pengumpulan padi Negeri Sembilan dan menyaksikan penghantaran pertama hasil tuaian padi di Pusat Mekanisasi Peladang, di sini, semalam.

Jalaluddin berkata, selain tanggungjawab dan peranan pesawah, kerajaan negeri juga akan memastikan kualiti padi dipertingkatkan dari semasa ke semasa sekali gus memenuhi keperluan beras penduduk di negeri ini.

Katanya, selain penggunaan benih padi berkualiti, pembajaan dan penjagaan yang lebih sistematik boleh meningkatkan lagi pengeluaran sehingga enam tan metrik padi per hektar.

"Sebelum hasrat kita mahu mengeluarkan beras jenama negeri ini, usaha meningkatkan pengeluaran padi perlu dilakukan terlebih dahulu terutama menambah jumlah kawasan penanam padi baharu di seluruh negeri.

Mengulas mengenai pusat pengumpulan padi yang pertama di negeri itu, Jalaluddin yang juga Exco Kanan Kerajaan Negeri Sembilan berkata sebaik beroperasi, pusat berkenaan sudah mengumpul sebanyak 15 tan metrik padi ditanam pesawah.

Katanya, dijangka sebanyak 30 tan metrik lagi akan diterima sebaik musim menuai di beberapa lokasi sawah padi bermula 21 hingga 26 Februari ini selesai dijalankan.

"Padi berkenaan akan dikumpulkan sebelum dibawa ke kilang sebelum beras yang dihasilkan dibawa semula ke negeri ini," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... lian-padi-munasabah

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 12:20 AM GMT+8 , Processed in 0.035924 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list