CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6410|Reply: 0

[Pulau Pinang] Projek pembesaran Empangan Mengkuang Fasa 2B siap sepenuhnya

[Copy link]
Post time 16-2-2024 12:07 PM | Show all posts |Read mode
Projek pembesaran Empangan Mengkuang Fasa 2B siap sepenuhnya

OlehMOHD ISKANDAR OTHMAN
16 Februari 2024 11:50am




Projek Pembesaran Empangan Mengkuang Fasa 2B yang telah siap sepenuhnya diserahkan kepada kerajaan negeri pada Khamis.




BUKIT MERTAJAM - Projek Pembesaran Empangan Mengkuang Fasa 2B (MDEP) yang dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan sejak 2011 siap sepenuhnya dan diserahkan kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang pada Khamis.

Penyerahan disempurnakan Timbalan Pengarah Bahagian Bekalan Air dari Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), Ir Norzani Mahmood kepada Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Datuk Rosli Isa yang mewakili Kerajaan Pulau Pinang.



Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP), Ir K Pathmanathan berkata, projek Fasa 2B yang menelan belanja RM72.5 juta melibatkan pemasangan saluran paip air mentah berdiameter 1.6 meter (m) sepanjang 7 kilometer (km) dari Rumah Pam Mak Sulong ke Terusan Sungai Dua.

Menurutnya, saluran paip ini secara efektif meningkatkan kapasiti pengeluaran Empangan Mengkuang Diperbesarkan (EMD) daripada 300 juta liter sehari (JLH) kepada 600 JLH.



"Peningkatan kapasiti pelepasan ini akan membantu Pulau Pinang dan PBAPP ketika musim kemarau yang panjang atau senario kecemasan yang melibatkan Sungai Muda.

"Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menyerahkan projek tersebut kepada PBAPP untuk diuruskan demi kepentingan pengguna air di Pulau Pinang," katanya menerusi kenyataan di sini, pada Jumaat.

Projek Pembesaran Empangan Mengkuang bermula pada 2011 melalui peruntukan secara langsung kerajaan Persekutuan berjumlah RM1.2 bilion dengan membabitkan empat fasa iaitu Fasa 1, Fasa 2A, Fasa 2B dan Fasa 2C.

Projek Fasa 1 membabitkan pembesaran empangan itu disiapkan pada 10 April 2017, manakala projek Fasa 2A iaitu menaik taraf Rumah Pam Mak Sulong pula siap pada 28 September 2017.


Ia dimulakan pada 2011 melalui peruntukan secara langsung kerajaan pusat berjumlah RM1.2 bilion membabitkan empat fasa iaitu Fasa 1, Fasa 2A, Fasa 2B dan Fasa 2C.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 11:51 AM GMT+8 , Processed in 0.042609 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list