CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8759|Reply: 0

[Pulau Pinang] Mesyuarat NACCOL putuskan harga kawalan beras minggu depan - PM

[Copy link]
Post time 16-2-2024 10:36 AM | Show all posts |Read mode
Mesyuarat NACCOL putuskan harga kawalan beras minggu depan - PM

16 Februari 2024 10:06am



Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada Program Jualan Termurah Madani di Lembah Makanan, Bandar Perda pada Jumaat. Foto Bernama




BUKIT MERTAJAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, isu harga kawalan beras, akan menjadi salah satu agenda utama pada Mesyuarat Jawatankuasa Pemantauan Pelaksanaan Majlis Tindakan Sara Hidup (NACCOL), minggu depan.

Beliau berkata, mesyuarat yang sepatutnya bersidang lebih awal, ditangguhkan ke minggu depan bagi memasukkan hal yang lebih mendesak seperti harga kawalan beras.



"Kita tangguh mesyuarat NACCOL ke minggu depan, di mana kita akan putuskan secara muktamad tentang harga beras yang dikawal.

"Walaupun ia (harga) tidak boleh rendah sangat, namun saya yakin boleh dikurangkan jika kita lihat semula dan teliti bekalan dapat dari mana, siapa kontraktor dan berapa banyak keuntungan mereka,” katanya ketika berucap dalam Program Jualan Termurah Madani di Bandar Perda, di sini pada Jumaat.



Anwar turut mengingatkan ‘orang tengah’, agar tidak mengambil keuntungan yang terlalu tinggi kerana ini akan menyebabkan harga di pasaran melambung. - Bernama



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 12:01 PM GMT+8 , Processed in 0.447719 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list