KLINSMANN gagal menjulang imej Korea Selatan di Piala Asia.
Seoul: Jurgen Klinsmann semakin hampir disingkirkan selepas pegawai tertinggi bola sepak Korea Selatan berkata perubahan kepimpinan adalah perlu susulan kekalahan di Piala Asia dan pertelingkahan sesama pemain mereka.
Jawatankuasa Persatuan Bolasepak Korea bermesyuarat selepas kekalahan 0-2 di tangan Jordan pada aksi separuh akhir yang mencetuskan tanda tanya masa depan Klinsmann.
Jawatankuasa itu bukan pembuat keputusan tetapi mencadangan kepada lembaga eksekutif KFA yang akan membuat keputusan akhir mengenai masa depan jurulatih dari Jerman berusia 59 tahun itu.
Puluhan penyokong berkumpul di luar ibu pejabat KFA di Seoul dan menggesa pemecatan Klinsmann hanya kurang setahun mengambil alih tugas.
"Kami mencapai persetujuan Klinsmann gagal menampilkan kepimpinannya sebagai ketua jurulatih skuad kebangsaan atas pelbagai sebab dan pertukaran kepimpinan adalah diperlukan," kata jurucakap jawatankuasa terbabit, Hwangbo Kwan. https://www.hmetro.com.my/arena/ ... smann-bakal-dipecat