|
STEENVOORDEN pernah beraksi dengan kelab Feyenoord. FOTO TFC
Kuala Terengganu: Pertahanan tengah kelahiran Belanda, Matthew Steenvoorden menjadi rekrut terbaharu Terengganu FC (TFC) bagi musim 2024/2025.
Bekas pemain kelab Feyenoord dalam Liga Belanda musim 2012- 2015 itu akan beraksi buat kali kedua di pentas Asia selepas tahun sebelum ini bersama kelab Uzbekistan, Pakhtakor Tashkent FC.
Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu Football Club (TFC) Sdn Bhd, Mohd Sabri Abas berkata, pemain berketinggian 1.88 meter itu menjadi import kelima pada musim ini.
"Pemain itu bakal mengisi pertahanan tengah dan dijangka bakal bergandingan dengan pemain tempatan, Mohamad Shahrul Nizam Ros Hasni.
"Pemain yang bakal menyarung jersi nombor empat itu diikat selama semusim dan kita harapkan kehadiran pemain itu mampu memantapkan lagi pasukan dalam misi melangkah lebih jauh lagi pada musim ini," katanya menerusi kenyataan sebentar tadi.
Berdasarkan rekod, selain Feyenoord, dia pernah dipinjamkan kepada beberapa kelab lain juga dalam liga Belanda termasuk kelab Excelsior, Dordrecht dan Dordrecht.
Pemain yang pernah beraksi bersama pasukan kebangsaan Belanda Bawah-16 (B-16) dan B-19 itu mengisi kekosongan ditinggalkan pemain Uzbekistan, Sardor Kulmatov yang dilepaskan.
Steenvoorden adalah pemain import kelima diumumkan selepas Ismaheel Akinade dan menyaksikan kekosongan pemain import hanya seorang sahaja.
TFC sudah mempunyai lima import iaitu Ivan Mamut, Nurillo Tukhtasinov, Argzim Redzovic, Akinade dan Steenvoorden.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... belanda-perkuat-tfc |
|