|
QUINCY Promes ketika beraksi bersama skuad kebangsaan Belanda. FOTO AGENSI
The Hague: Mahkamah Belanda menjatuhkan hukuman penjara enam tahun ke atas bekas pemain sayap Ajax dan skuad kebangsaan, Quincy Promes kerana kesalahan menyeludup lebih seribu kilogram kokain.
Pemain berusia 32 tahun itu yang ketika ini beraksi untuk Spartak Moscow, tidak hadir di mahkamah untuk mendengar hukuman itu, kata seorang jurucakap kepada AFP.
Percubaan untuk meminta menyerahkannya keluar dari Moscow sebelum ini gagal dan semalam hakim di Mahkamah Daerah Amsterdam mengeluarkan waran untuk menangkapnya.
Merumuskan perkara itu di mahkamah, ketua hakim M Vaandrager berkata, Promes adalah contoh kepada ramai, terutama golongan muda, kerana bakat bola sepaknya.
"Suspek kerap keluar di dalam berita, aktif di media sosial, dan mempunyai peminat di seluruh dunia.
"Lebih memburukkan lagi dia cuba menambah kekayaannya... dengan menyertai rangkaian besar pengedaran dadah antarabangsa.
"Selepas semua perkara dipertimbangkan, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara enam tahun kepadanya," kata hakim dalam satu kenyataan.
Mahkamah berkata Promes menyeludup sejumlah 1,363 kilogram kokain dari Brazil pada 2020, melalui pelabuhan Belgium di Antwerp ke Belanda dengan bantuan seorang rakan.
Dadah itu disimpan dalam beg garam dalam bekas di atas kapal, yang kemudian sebahagiannya berjaya dikesan oleh pegawai kastam.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... a-dipenjara-6-tahun |
|