CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8491|Reply: 0

[Pulau Pinang] Polis tahan dua suspek disyaki keldai akaun sindiket penipuan

[Copy link]
Post time 15-2-2024 09:35 AM | Show all posts |Read mode
Polis tahan dua suspek disyaki keldai akaun sindiket penipuan


Oleh BERNAMA - Februari 15, 2024 @ 9:29am





BALIK PULAU: Polis menahan seorang lelaki dan seorang wanita yang dipercayai menjadi keldai akaun kepada sindiket penipuan berbeza sehingga menyebabkan dua mangsa kerugian RM46,953 dalam kejadian baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal, berkata wanita dan lelaki masing-masing berumur 23 tahun itu ditahan di Padang Serai dan Sungai Petani Selasa lalu, bagi membantu siasatan dua kes penipuan terbabit.

"Berdasarkan siasatan, wanita yang ditahan itu dipercayai menjadi keldai akaun kepada sindiket memperdaya mangsa dalam urusan tawaran kerja sambilan tidak wujud membabitkan seorang pelajar wanita berusia 22 tahun.

"Pelajar berkenaan berminat membuat kerja sambilan secara dalam talian dan menekan pautan yang diberikan sebelum membuat 20 transaksi ke dalam akaun bank membabitkan keseluruhan sebanyak RM31,483, namun tidak mendapat sebarang komisen," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau berkata hasil siasatan mendapati suspek wanita itu menyerahkan kad bank miliknya kepada individu yang dikenali secara dalam talian untuk tujuan pinjaman wang pada Jun 2022.

Kamarul Rizal berkata, suspek lelaki itu pula disyaki menjadi keldai akaun kepada sindiket memperdaya mangsa dalam urusan pelaburan tidak wujud melalui dalam talian melibatkan mangsa seorang juruteknik lelaki berusia 25 tahun.

Beliau berkata, mangsa membuat beberapa transaksi ke dalam akaun bank dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM15,470 sebagai pelaburan untuk mendapatkan keuntungan sebelum menyedari diri telah ditipu dan membuat laporan polis di Balik Pulau.

"Hasil siasatan mendapati suspek telah menyerahkan kad bank miliknya kepada individu yang dikenali melalui dalam talian untuk tujuan sewaan akaun bank sejak awal September tahun lepas. Kedua-kedua suspek direman dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana tipu," katanya.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, beliau berkata polis menahan 19 lelaki termasuk seorang warga emas yang kesemuanya berumur 24 hingga 62 tahun kerana terbabit dengan kes memiliki dan positif dadah, pada Selasa.

Kamarul Rizal berkata, semua mereka ditahan di beberapa lokasi di sekitar negeri itu dan pihak polis turut merampas sejumlah syabu dan heroin daripada tiga lelaki berkenaan yang dipercayai turut menjalankan kegiatan mengedar dadah.

"Ujian air kencing mendapati 19 orang itu positif pelbagai jenis dadah, seorang daripada mereka yang ditahan merupakan suspek dikehendaki polis bersabit kes dadah dan mempunyai 12 rekod lampau berkaitan narkotik serta jenayah," katanya. – BERNAMA







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 11:55 AM GMT+8 , Processed in 0.040172 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list