View: 5129|Reply: 0
|
[Kedah]
Lelaki kaki gajah terkilan tak dapat uruskan ibu hidap kanser
[Copy link]
|
|
MOHAMAD Ridzuan (kanan) yang menghidap penyakit kelenjar limfedema menyebabkan kaki kanannya besar seperti kaki gajah bersama ibunya, Rodziah yang juga pesakit kanser limfoma di rumah mereka di Kampung Alor Melintang. FOTO Zuliaty Zulkiffli
Alor Setar: "Sepatutnya saya menjaga ibu yang sakit kanser tapi sebaliknya dia yang menguruskan saya," kata Muhammad Ridzuan Shuib, 33 yang menderita penyakit kaki besar.
Muhammad Ridzuan menghidap penyakit kelenjar limfedema sehingga menyebabkan kaki kanannya membesar seperti kaki gajah.
Katanya, penyakit itu penyakit itu pada 2017 apabila kakinya mengalami bengkak kecil seperti bisul namun lama kelamaan bengkak itu semakin besar menyebabkan pergerakannya sukar selain tidak dapat bekerja dan mengalami sakit sendi.
"Doktor memberitahu bengkak dipenuhi cecair dan risiko sehingga boleh menyebabkan luka lebih besar.
"Namun, doktor menyarankan supaya saya memakai sarung kaki khas terlebih dahulu untuk mengelak paha dan kaki sebelah bergesel yang boleh menyebabkan melecet dan luka lebih teruk," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Alor Melintang, Jalan Gunung Keriang di sini, hari ini.
Mohamad Ridzuan berkata, sebelum sakit, dia bekerja sebagai pesawah namun selepas menghidap penyakit itu, dia lebih banyak duduk di rumah.
Katanya, sepatutnya sebagai anak sulung, dia yang menjaga ibunya, Rodziah Saad, 62, yang menghidap kanser limfoma tetapi sebaliknya ibunya yang banyak membantu menguruskannya termasuk membersihkan luka di kaki.
"Harapan saya penyakit ini dapat dirawat hingga sembuh tetapi saya tidak mempunyai sumber kewangan kerana tidak bekerja," katanya.
Sehubungan itu, orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan boleh berbuat demikian melalui akaun Bank Islam 02011024272170 Mohamad Ridzuan Shuib.
Sementara itu, Pengerusi Cancer Survivors Malaysia (CSM), Zuraini Kamal yang mengunjungi pesakit itu menyampaikan sumbangan kepada keluarga itu untuk meringankan beban mereka.
Katanya, dia mengetahui keadaan Mohamad Ridzuan ketika menemuinya di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) sewaktu pemuda itu dan ibunya menunggu untuk mendapatkan rawatan.
"Saya harap ada harapan buat Mohamad Ridzuan dan jika ada doktor pakar yang boleh membantu merawatnya," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... an-ibu-hidap-kanser |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|