CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8170|Reply: 0

Juara bertahan mula bermain ‘psikologi’

[Copy link]
Post time 13-2-2024 12:11 PM | Show all posts |Read mode

HAALAND (kanan) bakal mengetuai jentera serangan City menggempur gawang Copenhagen menjelang aksi pusingan 16 di Stadium Parken awal pagi esok. – AFP

MANCHESTER – Pengurus Manchester City, Pep Guardiola mengambil pendekatan merendah diri meskipun diramal tiada masalah menyambar slot suku akhir Liga Juara-Juara musim ini.

Ia berdasarkan hakikat City diundi menentang lawan mudah, Copenhagen menjelang aksi pertama pusingan 16 terbaik di Stadium Parken awal pagi esok sebelum timbal balik kedua di Stadium Etihad pada 7 Mac ini.

The Citizens masih belum tewas daripada 13 perlawanan dalam semua kejohanan termasuk menjuarai Piala Kelab Dunia dengan kali terakhir tewas 0-1 kepada Aston Villa pada 7 Di­sember tahun lalu.

City juga kembali berada pada tahap terbaik selain berpeluang memintas Liverpool selaku pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL) kerana memiliki kelebihan satu perlawanan dalam tangan.

Begitupun, Guardiola, 53, memberikan respons berbeza dan menegaskan, pasukannya dijangka tiada peluang untuk me­ngulangi kejayaan trebel musim lalu dengan menjuarai EPL, Liga Juara-Juara dan Piala FA.

“Sekarang buka ‘kedai baharu’ kerana apa yang berlaku sebelum ini sudah berakhir. Kami fokus kepada keadaan masa kini tanpa memikirkan kejayaan lampau.

“Saya boleh katakan 99.99 peratus kami tidak akan me­ngulangi kejayaan musim lalu kerana tiada yang pernah me­lakukannya,” kata Guardiola.

City mendapat rangsangan terbaik apabila Erling Haaland kembali menemui sentuhan penyudah selepas berehat panjang dengan dua gol ketika menewaskan Everton 2-0. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2024/02 ... -bermain-psikologi/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-11-2024 04:33 AM GMT+8 , Processed in 0.037060 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list