|
Kakitangan MBJB berkumpul di luar bangunan Menara MBJB selepas menerima maklumat ancaman bom pagi hari ini. FOTO IHSAN PEMBACA
Johor Bahru: Polis Johor mengesahkan menerima panggilan ancaman bom di Menara Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) di Bukit Senyum, di sini, hari ini.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, perkara itu masih dalam siasatan.
"Memang ada, dalam siasatan," katanya ketika dihubungi, di sini, sebentar tadi.
Sementara itu, jurucakap MBJB berkata, keadaan adalah terkawal dan polis sudah menjalankan pemeriksaan.
"Polis sudah membuat pemeriksaan pagi tadi, kami akan keluarkan kenyataan," katanya ketika dihubungi.
Menara MBJB menempatkan lebih 1,000 pekerja.
Pada 14 Oktober tahun lalu, pengunjung sebuah pasar raya, di sini, berdepan situasi cemas apabila dipercayai menerima ancaman bom.
Difahamkan, terdapat kira-kira 9,000 pengunjung di premis terbabit ketika pihak pengurusan menerima panggilan itu.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... nggilan-ancaman-bom |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|