View: 9333|Reply: 0
|
MotoGP: Binder positif prestasi jentera KTM
[Copy link]
|
|
BINDER mengakui dapat merasakan peningkat positif terhadap prestasi jentera KTM yang akan digunakan untuk mengharungi musim baharu nanti. - AFP
LONDON – Brad Binder mengakui bahawa jentera KTM berada pada tahap terbaik berbanding musim lalu dan menyifatkan jentera RC16 tersebut menampilkan prestasi positif di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) yang berakhir Khamis lalu.
Binder yang bersaing bersama pasukan Red Bull KTM Factory Racing tersebut menegaskan dia telah menguji pelbagai ‘setup’ baharu dan merasakan KTM telah mengorak langkah ke hadapan dengan perkembangan yang dibawanya kepada RC16.
Pada hari terakhir, pelumba Afrika Selatan tersebut menduduki tangga ketujuh terpantas dengan catatan satu minit 57.307 saat (s) dan hanya dipisahkan 0.625s dengan juara dunia musim lalu, Francesco Bagnaia (1:56.682s).
Bagaimanapun, Binder menjelaskan keputusan ujian tersebut tidak memberi gambaran sebenar dan percaya jika gabungan data yang dicapai di Sepang mereka akan dapat membina jentera lebih baik di Qatar nanti.
“Ujian pada hari terakhir di Sepang adalah yang cukup baik secara keseluruhan. Kami mencuba banyak perkara dan sepanjang hari kami mula mengecilkan apa yang berfungsi dan apa yang tidak, dan apa yang kami suka dan apa yang tidak.
“Saya fikir RC16 mempunyai beberapa potensi yang baik jika kami menggabungkan segala-galanya. Kami mempunyai ruang untuk mendapatkan prestasi daripada jentera itu sebelum pusingan pertama di Qatar bulan depan.
“Saya rasa lebih yakin untuk menyertai perlumbaan tahun ini berbanding tahun lepas. Kami perlu menyelesaikan beberapa untuk memahami pakej 2024 ini,” katanya. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2024/02 ... estasi-jentera-ktm/ |
|
|
|
|
|
|
| |
|