CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8684|Reply: 0

Horner boleh rosakkan reputasi Red Bull

[Copy link]
Post time 8-2-2024 01:04 PM | Show all posts |Read mode

BADAN siasatan khas ditubuhkan siasat kes Horner. - FOTO AFP

Paris: Beberapa hari sebelum Red Bull melancarkan jentera baharu 2024, ketua pasukan Christian Horner mendapati dirinya berada di tengah-tengah kemelut yang mampu merosakkan reputasi pasukan itu selepas dia dituduh berkelakuan tidak wajar kepada salah seorang pekerjanya.

Berita itu mula terbongkar Isnin lalu dengan Red Bull melancarkan siasatan terhadap beliau yang mengetuai pasukan minuman dari Austria itu meraih kejayaan luar biasa di trek.

Dilantik sebagai pengetua pasukan termuda dalam paddock Formula satu (F1) ketika berusia 31 tahun pada 2005, beliau berjaya meraih enam kejuaraan pengeluar dan tujuh gelaran pemandu - satu pencapaian yang luar biasa untuk dijadikan kayu pengukur.

Tetapi dengan pelancaran jentera baharu yang harapkan akan memberikan gelaran juara dunia buat kali keempat berturut-turut kepada Max Verstappen Khamis depan, dia kini mengalih perhatian dunia apabila perlu melalui perbicaraan yang akan diketuai oleh peguam bebas.



Pertuduhan adalah serius.

Red Bull berkata: "Selepas dimaklumkan tentang dakwaan tertentu baru-baru ini, satu siasatan bebas ditubuhkan.

"Proses ini, yang sudah dijalankan, sedang dijalankan oleh peguam pakar luar.

"Syarikat memandang serius perkara ini dan siasatan akan diselesaikan secepat mungkin. Tidak sesuai untuk mengulas lanjut buat masa ini."
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... n-reputasi-red-bull
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 05:09 PM GMT+8 , Processed in 0.236400 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list