|
ADUN Pekan Nanas, Tan Eng Meng ( tengah ) menyampaikan telor dan seekor ayam kepada pengunjung bertuah sempena Program Jualan Kasih DUN Pekan Nanas, di Pekan Nanas, di Pontian, Johor, hari ini.
PONTIAN – Kira-kira 2,000 ekor ayam berharga RM4.00 sekilogram habis dijual dalam tempoh dua jam pada program Jualan Kasih Dewan Undangan Negeri ( DUN ) Pekan Nanas, disini, pagi ini.
Selain ayam, orang ramai juga tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan barangan keperluan lain seperti telur, sayur-sayuran dan daging dengan potongan harga sempena program tersebut.
Peniaga ayam, Irwan Adi Md. Tarmizi, 47, orang ramai berkunjung seawal jam 7.00 pagi untuk mendapatkan bekalan ayam yang dijual pada harga jauh lebih murah berbanding pasar raya serta pasar basah.
“Jualan Kasih ini dibuka pada jam 8 pagi, tetapi pukol 7.00 pagi dah ada pelanggan menunggu, kebanyakan pelanggan beli lebih dua ekor seorang, malah, ada yang sampai lima ekor untuk buat stok kerana anak ramai,” katanya ketika ditemui di Jualan Kasih DUN Pekan Nanas di Kawasan Lapang Majlis Perbandaran Pontian ( MPPN ) di Pekan Nanas, pagi ini.
Sementara itu, Pegawai FAMA Pontian, Azize Atan, pihaknya tidak menghadkan jualan ayam kepada pengguna dan mereka bebas untuk membelinya berdasarkan kepada keperluan masing-masing.
Katanya, selain ayam, telur ayam, sayur-sayuran dan daging juga dijual dengan diberikan potongan khas sempena program Jualan Kasih yang dilancarkan serentak diseluruh Johor pada pagi ini.
Menurut beliau, setiap DUN akan diberikan dua kali peluang menjadi tuan rumah Jualan Kasih bagi memberikan penduduk di kawasan tersebut mendapat bekalan barangan keperluan dengan harga yang murah. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/02 ... aris-dalam-dua-jam/ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|